Pemandu mabuk langgar pejalan kaki, wanita maut dan adik parah

Keadaan kereta yang melanggar dua beradik yang sedang melintas jalan di Jalan Reko, Kajang sehingga menyebabkan seorang maut, malam tadi.

 

KUALA LUMPUR: Malang tidak berbau apabila dua beradik perempuan yang berjalan kaki melintas jalan di Jalan Banting-Kajang (Jalan Reko) dekat sini, dilanggar pemandu mabuk sehingga seorang daripadanya maut, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, seorang mangsa yang berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, manakala adiknya berusia 25 tahun parah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian, pemandu kereta dalam perjalanan dari Kajang Sentral ke rumahnya di Taman Sri Langat, Kajang.

“Kejadian berlaku berhampiran simpang masuk ke Taman Sri Langat dan ketika kejadian, dua mangsa sedang melintas jalan sebelum dilanggar sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun.

“Kereta terbabit kemudian terbabas melanggar tiga kenderan lain terdiri daripada dua kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) yang diletakkan di hadapan sebuah restoran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, seorang mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang namun meninggal dunia ketika dirawat di Unit Kecemasan hospital terbabit, manakala seorang lagi mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Kajang.

“Pemandu kereta kemudian dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk menjalani ujian saringan awal kandungan alkohol.

“Hasil ujian mendapati pemandu berkenaan positif dibawah pengaruh alkohol dan direman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar bagaimana kemalangan boleh berlaku termasuk kemungkinan ada unsur lain.

Justeru, katanya mana-mana saksi yang ada maklumat berkaitan kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan polis.

Maklumat boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Feisal Mokhtar di talian 012-9454655 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran dalam daerah Kajang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker