PN gagal capai kesepakatan kerusi di Terengganu?

PN gagal capai kesepakatan kerusi di Terengganu malah “Poster yang tersebar ini tiada kena mengena dengan tidak diketahui dari mana kata Ahmad Samsuri

Menteri Besar Terengganu enggan mengulas ura-ura beliau bakal bertanding di Parlimen Kuala Nerus pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kerusi Kuala Nerus kosong selepas penyandangnya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang menang bertanding atas tiket PAS pada PRU14 mengumumkan keluar parti itu dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS itu berkata, setakat ini pucuk pimpinan masih belum mengumumkan calon yang bertanding pada PRU15.

“Saya ada tengok poster ini dan mahu tergelak melihatnya. Saya pun tidak tahu siapa yang buat poster ini dan poster ini tidak betul.

“Saya pun tidak tahu bertanding di mana. Kalau saya bertanding, bertandinglah. Kalau tidak, tidaklah,” katanya yang ditemui selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan Debat Diraja antara Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2022 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Gong Badak, di sini, hari ini.

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian.

Selain Ahmad Samsuri dikatakan bertanding di Parlimen Kuala Nerus, beberapa calon Parlimen PRU15 Perikatan Nasional tersebar menerusi satu poster.

Datuk Ahmad Amzad Hashim dikatakan akan mempertahan kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Hanafiah Mat (Kemaman), Zabidi Yusof (Besut), Datuk Fariz Mustafa Ali (Dungun) dan Khalil Abdul Hadi (Marang).

Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Terengganu, Datuk Razali Idris diletakkan bertanding Parlimen Setiu manakala timbalanya, Datuk Rosol Wahid kekal bertanding di Hulu Terengganu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker