Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

“Saya sudah beritahu hendak berkahwin kepada ayah sebanyak tiga kali dan emak lima kali.

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30 menjelaskan bahawa majlis perkahwinannya pada 14 Oktober lalu diadakan dengan pengetahuan ibu bapa dan keluarganya.

Azwan dalam satu siaran langsung Facebook Live pada Jumaat menjelaskan, dakwaan bahawa ibu bapanya tidak dimaklumkan mengenai majlis perkahwinan itu adalah tidak benar kerana dia telah beberapa kali memaklumkan perkara berkenaan.

“Saya sudah beritahu hendak berkahwin kepada ayah sebanyak tiga kali dan emak lima kali.

“Cuma mereka tidak bersetuju sangat dengan calon dipilih tetapi mungkin silap saya kerana teruskan untuk berkahwin dengan pilihan saya, itu memang adalah kesilapan saya sendiri,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Jumaat.



Ulas Azwan, dia turut menghantar beberapa keping gambar serta klip video pernikahan melalui aplikasi WhatsApp kepada ibunya.

Jelasnya, majlis perkahwinan yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Disember tahun ini terpaksa dipercepatkan berikutan mengambil kira faktor cuaca dan misi-misi bantuan yang perlu diberi kepada mangsa banjir.

“Ke Baling, Kedah hari tu pun saya pergi awal manakala isteri datang kemudian, jadi dekat sana sudah jadi satu isu. Saya tak nak menimbulkan fitnah dan salah faham orang.

“Jadi kami ambil keputusan untuk kahwin awal dan majlis akan dibuat pada penghujung tahun, bulan Disember,” ujarnya.



Pada Jumaat, Azwan dilapor selamat diijabkabulkan dengan tunangnya, Evanoza Zakaria di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Ayer Keroh, Melaka.

Berita gembira itu telah dikongsikan Azwan bersama orang ramai menerusi penstriman secara langsung pada malam Khamis namun disimpan sebagai tetapan peribadi.

@evanoza_



Doakan kami dan moga kita semua sentiasa dlm rahmat Allah swt.Salam Jumaat ❤️ #abgvivaviral #eva #marriedcouple @abangvivaofficial #extunang #fyp #suamiistri #husbandwife

♬ เสียงต้นฉบับ – นางฟ้า ยัยขี้งอล – นางฟ้า ยัยขี้งอล

Azwan berkata, tiada niat untuk menyembunyikan perkara baik itu namun memandangkan dia dan isteri mempunyai niat yang sama untuk melakukan kebajikan dia mengambil keputusan memaklumkan perkara itu bagi mengelakkan fitnah. SH

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?



Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker