Lihat bukti bukan janji BN jaga kestabilan dan kemakmuran negara

#PRU15

Lihat bukti bukan janji BN jaga kestabilan dan kemakmuran negara

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki GAMBAR: Abd Razak Aid
RAKYAT diminta untuk melihat bukti dan bukannya janji bagaimana Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kestabilan dan kemakmuran negara.

Contoh paling dekat dengan rakyat adalah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) suatu ketika dahulu.



Ketua Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, seramai tujuh juta rakyat Malaysia menerima BR1M sebelum dihentikan pada zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, ini selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, bantuan tersebut sebagai rasuah sebelum mereka memperkenalkan Bantuan Sara Hidup (BSH) selepas mendapatkan desakan rakyat.

“Ingat lagi tak, zaman PH mereka kata BR1M itu rasuah, lepas rakyat bising mereka perkenalkan BSH, Bantuan Sara Hidup tetapi jumlahnya lagi kecil.

“Zaman BN tujuh juta penerima, zaman PH tiga juta penerima, itu pun bagi bujang yang 40 tahun ke atas sahaja digelar bujang mendapat RM100.



“Tetapi zaman BN BR1M diberikan kepada 21 tahun berjumlah RM450, jangan lupa e-wallet RM30, justeru pilihlah Barisan Nasional demi kestabilan dan kemakmuran. Tiada janji lihat bukti, ” katanya dalam rakaman video di Facebook beliau, hari ini.

BR1M diperkenal pada zaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai dasar pemberian subsidi tunai terus kepada rakyat, terutama golongan B40 dan bujang.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, BN bukanlah parti sempurna, namun mempunyai rekod pencapaian mentadbir negara yang lebih baik.

“Apakah kita bersedia untuk sekali lagi dipermainkan? Manifesto bukan kitab suci. Apa lagi janji PH yang anda masih ingat?



“BN tidak sempurna, kami banyak kelemahan tetapi kami ada rekod pencapaian yang gemilang dalam mentadbir rakyat. Insya-Allah dengan wajah baharu, selepas mengambil ibrah pengajaran akan kesilapan lampau, BN bangkit untuk menawarkan kestabilan dan kemakmuran untuk semua rakyat,” katanya.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan berlangsung pada 19 November depan, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 November ini, iaitu selama 14 hari tempoh berkempen. Utv

Lihat bukti bukan janji BN jaga kestabilan dan kemakmuran negara


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk



Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker