Cucuk hidung, Bunga Isme disamakan dengan lembu

Cucuk hidung, Bunga Isme disamakan dengan lembu

SIAPA yang tidak kenal dengan penyanyi rap wanita, Bunga Isme. Orangnya cantik. Lebih manis sebab Bunga sering membawakan imej gadis berbaju kurung walaupun bergelar seorang penyanyi rap.

Tapi yang tak berapa nak ‘sedap’ apabila Bunga juga gemar menggayakan perhiasan yang tidak kena dengan imejnya seperti ‘nose ring’ atau kata mudah lain subang hidung.



Netizen bukan boleh tengok benda yang pelik-pelik sebegini. Memang jadi bahan lawak jenaka jawabnya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Bunga dalam TikTok miliknya, penyanyi itu berkongsi kegiatannya ketika berada di kampus. Dalam video tersebut, Bunga dilihat menyanyi sambil berjalan.

Namun, perhiasan pada hidung yang digayakannya itu lebih mencuri perhatian netizen apabila rata-rata berasa ‘terganggu’ dengan imej tersebut.

Jahat mulut netizen apabila ada yang menyamakan perhiasan yang digayakan Bunga sama seperti lembu yang dicucuk hidung.



“Tambah sebelah lagi boleh kawan dengan lembu,” ujar seorang netizen.

“Sambung rantai, tambat dekat padang,” kata seorang lagi netizen.

“Tak ada tindik dekat hidung itu pun dah cantik,” tegur seorang peminatnya.

Itulah fesyen namanya. Netizen apa tahu. Zaman Diva dulu masa muda-muda dah puas cucuk sana sini. Tapi sekarang Diva dah insaf. K Online



Cucuk hidung, Bunga Isme disamakan dengan lembu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?



Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker