Isteri puji bos kaya, suami rasa tercabar

Isteri puji bos kaya, suami rasa tercabar

Memuji pasangan sendiri itu bagus dan sangat digalakkan, namun jika yang dipuji itu pasangan orang atau individu bertentangan jantina, jangan ditanya kenapa ‘perang dingin’ tiba-tiba tercetus.

Menurut Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Nor Mamat, tindakan bercerita tentang kelebihan individu berlainan jantina boleh mencetusan rasa kurang senang di hati pasangan.

“Bila suami banyak bercerita tentang prihatinnya kepada pekerja wanita di tempat kerja apatah lagi kalau pekerja itu lebih cantik, jaga-jaga isteri mungkin mudah akan rasa terabai.

“Sama juga bila isteri banyak bercerita tentang hormatnya kepada bos lelaki di tempat kerja, apatah lagi kalau bos itu lebih kaya jaga-jaga suami pun boleh jadi akan rasa tercabar,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang dilihat bersetuju dengan pandangan Mohd Nor itu.

“Tak perlu nak kongsi cerita yang tak begitu penting dengan pasangan. Berkongsi pun ada limit pada pandangan saya,” komen Gie Harun.

“Sarang tebuan jangan dijolok. Mencegah lebih baik daripada mengubati,” kata Lan Akajima pula.

Namun lain pula lontaran komen oleh Rozais Al-Anamy yang berpendapat perkongsian cerita daripada pasangan seperti itu adalah satu perkara yang bagus.

“Saya tak kisah sebab selagi dia cerita maknanya dia tak berahsia. Yang senyap tak cerita apa-apa tu yang bahaya,” katanya. K Online

Isteri puji bos kaya, suami rasa tercabar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker