Persatuan hotel bimbang penjarakan pelaku maksiat jejas sektor pelancongan

Persatuan hotel bimbang penjarakan pelaku maksiat jejas sektor pelancongan

Persatuan Hotel dan Restoran Indonesia (PHRI) mendakwa bahawa hukuman penjara ke atas pasangan tidak berkahwin yang mendaftar masuk ke hotel akan menjejaskan industri pelancongan negara itu, lapor portal berita Coconut semalam.

PHRI menyuarakan kebimbangan itu ketika timbul usul supaya kanun jenayah negara (RKUHP) disemak semula terutamanya klausa yang melabelkan aktiviti seks luar nikah sebagai kesalahan jenayah.

“Ia akan menjejaskan industri pelancongan apabila individu yang berkongsi bilik hotel tanpa ikatan perkahwinan dianggap sebagai melakukan jenayah.

“Implikasi terhadap pelaksanaan (undang-undang) tersebut adalah pelancong luar akan pergi ke negara lain, sekali gus menurunkan bilangan pelancong di Indonesia,” kata Pengerusi PHRI, Hariyadi Sukamdani.

RKUHP telah dibincangkan di Parlimen selama beberapa tahun. Artikel 415 menyatakan bahawa seks luar nikah atau zina akan menjadi satu jenayah yang boleh dihukum penjara sehingga satu tahun, dengan syarat bahawa pertuduhan dibuat ke atas pihak yang bersalah oleh sama ada pasangan, ibu bapa atau anak-anak mereka.

Secara teknikal, sekiranya rang undang-undang itu diluluskan, pasangan yang tidak berkahwin masih boleh mendaftar masuk ke hotel dan tidak akan berdepan hukuman penjara, selagi kegiatan mereka tidak terbongkar.

Timbalan Menteri Kehakiman dan Hak Asasi Manusia, Edward Omar Sharif Hariej minggu ini mendesak agar RKUHP diluluskan segera bagi menggantikan kod jenayah yang sudah lapuk.

Kementerian tersebut sebelum ini memberitahu, rang undang-undang tersebut mungkin diluluskan menjelang hujung tahun ini. K Online

Persatuan hotel bimbang penjarakan pelaku maksiat jejas sektor pelancongan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker