Nizar ganti Najib di Pekan?

#PRU15

Nizar ganti Najib di Pekan?

Anak sulung bekas perdana menteri Najib Razak kini dilihat kian aktif dan mula turun padang di kawasan Pekan.

Tindakan Nizar Najib itu dianggap satu lagi isyarat jelas bahawa dia bakal diturunkan sebagai calon untuk Umno-BN pada bulan depan.



Ia berlaku setelah peluang Najib yang juga penyandang kerusi itu untuk mempertahankan Parlimen Pekan semakin tipis.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) sebanyak RM42 juta.

Lebih menguatkan spekulasi itu apabila Facebook rasmi Najib turut memuat naik video khas Nizar yang memaklumkan hasratnya ingin “terus berkhidmat” kepada masyarakat Pekan.

Menerusi video berkenaan Nizar menceritakan perjalanan kariernya sehingga menceburi bidang politik.



Nizar juga dilihat turun padang bersama Umno bahagian menjalankan gerak kerja bagi menghadapi PRU ke-15.

Anak sulung Najib hasil perkahwinannya dengan isteri pertama Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar merupakan ketua Pemuda Umno Pekan.

Sementara itu, sumber Umno ketika dihubungi Malaysiakini memaklumkan Nizar hampir pasti akan menggantikan Najib bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pekan.

Katanya, aura Najib masih kuat meskipun bekas perdana menteri itu kini sedang menjalani hukuman di penjara Kajang.



“Saya boleh mengatakan hampir pasti Nizar akan menggantikan Najib di Pekan. Dia juga telah lama bergiat aktif dengan bapanya di Pekan sebagai ketua pemuda.

“Itu sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada Nizar untuk bertanding di Pekan. Apatah lagi aura ‘bosku’ masih kuat di Pekan.

“Namanya juga pernah dicalonkan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini sebelum ini,” katanya.

Pada 21 Okt lalu, Mahkamah Persekutuan menetapkan tiga hari bermula 19 Jan untuk mendengar permohonan Najib Razak bagi menyemak sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng dana SRC.



Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Fatimah Zahara Wan Yussoff dan Siti Hajar Mustaffa yang mendengar pengurusan kes menetapkan 19, 20 dan 26 Jan untuk mendengar permohonan semakan itu. Mk

Nizar ganti Najib di Pekan?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]



Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker