Jadi MB sekali lagi, Peja kata taknak dah

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak Peja aka Ahmad Faizal Azumu membayangkan dia mungkin tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang.

Bercakap kepada pemberita di Ipoh semalam, Ahmad Faizal, yang lebih dikenali dengan panggilan mesra Peja, berkata dia tidak bercita-cita untuk menjadi menteri besar negeri itu sekali lagi.

Sebaliknya kata timbalan presiden Bersatu itu, dia mahu memberikan fokus untuk mempertahankan kerusi parlimen Tambun.

“(Untuk) DUN Chenderiang kita belum buat keputusan (untuk kekal bertanding), tapi saya secara peribadi ingin menumpukan perhatian kepada Parlimen Tambun.



“Bukan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim nak bertanding di situ (sebaliknya) kerana saya fikir eloklah kita beri peluang kepada pemimpin-pemimpin lain untuk kita tonjolkan,” katanya merujuk kepada Presiden PKR dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang sudah mengumumkan rancangannya bertanding di kerusi tersebut dalam PRU kali ini.

Tambah Ahmad Faizal, dia sudah melalui pengalaman sebagai Adun dan pernah menjadi menteri besar.

“Saya tak nak jadi macam parti-parti lain yang berebut nak jadi menteri besar,” katanya dipetik portal Berita Bersatu semasa berucap pada majlis sambutan Deepavali di Ipoh, Perak semalam.

Pada 2018, Ahmad Faizal mencipta sejarah dengan merampas Chenderiang daripada BN dengan kemenangan tipis mengatasi penyandangnya, Mah Hang Soon.



Mewakili PH ketika itu, Ahmad Faizal mengalahkan Mah dengan perbezaan 39 undi.

Chenderiang merupakan kawasan bercampur dengan pengundi Melayu membentuk 35 peratus.

Dalam PRU yang dijadual berlangsung 19 Nov nanti, Ahmad Faizal akan dicabar oleh presiden PKR Anwar di Tambun sebagai sebahagian daripada strategi PH untuk mengukuhkan kedudukannya di Perak.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker