Buat apa nak minta maaf – Ds Vida

Buat apa nak minta maaf – Ds Vida

‘Minta maaf untuk apa?’

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida tidak akan membuat permohonan maaf berhubung video dalam aplikasi TikTok di mana dia dikatakan tidak sensitif dengan isu kibar bendera putih.



Vida ketika dihubungi berkata, tiada keperluan untuk dia meminta maaf kerana dia tidak bermaksud untuk menghalang bantuan untuk mereka yang memerlukan.

“Saya nak minta maaf untuk apa? Netizen sebenarnya banyak buat tafsiran sendiri. Banyak komen-komen yang menghentam saya. Ada yang kata saya kaya tapi riak tak nak tolong orang dan macam-macam lagi.

“Maksud saya, kita boleh beri bantuan kepada mereka ini. Namun, dalam masa sama mereka kenalah buat sesuatu daripada mengharap bantuan semata-mata,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Vida menjadi buah mulut ramai apabila dikatakan tidak sensitif apabila memuat naik video dalam aplikasi TikTok ketika singgah di gerai milik seorang pemuda di sebuah kawasan perumahan.



Dalam video berkenaan, Vida menyifatkan mereka yang mengangkat bendera putih ini kurang berusaha dan malas mencari pendapatan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Vida berkata, ada yang memaklumkan bantuan ini hanya bersifat sementara bagi menunggu PKP selesai, namun dia melihat sebaliknya.

“Habis takkan mereka nak duduk saja? Cakap-cakap saya serba tak kena dan orang main hentam walaupun saya buat penjelasan sebenar.

“Pada saya, mereka kena buat kerja seperti mula berniaga walaupun tanpa modal. Jangan hanya mengharapkan bantuan. Ikutkan ada juga orang yang susah tapi dia tak angkat bendera putih.



“Pandangan saya ialah dari sudut orang berniaga di mana mereka yang diberhentikan kerja pasti ada duit. Mengapa tak ambil sedikit untuk buat modal berniaga?” katanya.

Katanya, perniagaan ini boleh dibuat dari rumah atau membuka gerai di depan rumah.

“Itu yang saya maksudkan. Ada juga jenis perniagaan di mana orang boleh buat ‘dropship’ tanpa modal. Tapi, nak cakap apa pun mereka dah tak peduli dan nak juga kecam.

“Fikirkan kalau sekiranya bantuan berupa sumbangan makanan, jadi sewa rumah, bil elektrik dan air siapa nak bayar? Sampai bila nak terus begini? Saya maksudkan, mereka boleh berniaga sampai habis PKP dan selepas itu kembali bekerja seperti biasa,” katanya.



Diva mengakui banyak pihak menanti masa untuk menghentam dan dia hanya menelan semuanya.

“Sejak tahun lalu lagi saya sebenarnya dah banyak menyumbang tapi bukanlah saya hantar sendiri atau turun padang. Alhamdulillah ribuan juga saya bantu. Tapi dalam keadaan sekarang saya pun dah rasa bosan dan nak turun padang bagi bantuan pada peniaga.

“Bolehlah saya buat video sikit. Bukan niat saya nak balas dendam kerana nanti netizen kata dah kena kecam nak tunjuk baik pula,” katanya.

Vida berkata, dia mempunyai pengalaman sendiri semasa memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib sebelum ini.



“Alhamdulillah, makan dah ada tapi mereka risau pasal sewa rumah pula. Takkan kami nak kena bayarkan pula. Kalau sebulan bolehlah tolong tapi selepas itu macam mana pula. Saya dah pernah berdepan perkara itu dan itulah sebabnya saya keluarkan kenyataan yang dianggap melampau,” katanya. HM

Buat apa nak minta maaf – Ds Vida


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Moratorium akan tingkatkan kos keseluruhan pinjaman

Dulu curi TV sekarang ikan – Bos Mydin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker