Kemas Sungguh Hasil Kerja Tangan Pemuda Ini Menyediakan Liang Lahad Sebagai Penggali Kubur [VIDEO]

Kemas Sungguh Hasil Kerja Tangan Pemuda Ini Menyediakan Liang Lahad Sebagai Penggali Kubur [VIDEO]

Bagi yang sering melayari Facebook, korang pasti akan tahu mengenai kewujudan group Tukang Apa Hari Ini yang memperlihatkan ahli-ahlinya berkongsikan hasil kerja bertukang masing-masing.

Perkongsian pemilik akaun MrBoyb Nordin di grup Facebook Tukang Apa Hari Ini pasti menginsafkan.

Namun di sebalik rasa insaf itu ramai yang kagum dengan hasil kerja tangannya dalam menyediakan ‘kediaman’ terakhir untuk insan yang pergi buat selama-lamanya.



Menerusi perkongsiannya, MrBoyb Nordin mengatakan bahawa dia tidak pandai menukang rumah tetapi tahu untuk mengali kubur. Sehingga kini perkongsiannya itu telah mendapat sebanyak 14 ribu tanda suka dan 715 perkongsian.

Dalam hantarannya ke grup FB itu, MrBoyb Nordin berkata dia tidak pandai menukang tetapi tahu untuk mengali kubur.

“Assalamualaikum.. Alhamdulillah job hari ni overtime sampai malam… Saya tak pandai tukang rumah… saya cuma pandai tukang ni je.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat di tempatkan bersama orang yang beriman. Al fatihah… Salam kenal dari Geng Lahad 7 Kampung Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor,” tulisnya.

VIDEO DIBAWAH:-



Dihubungi SK, MrBoyb mengatakan bahawa sudah lima tahun dia melakukan kerja itu di Kampung Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor.

Menurutnya, dia mengambil masa selama hampir tiga jam untuk menyiapkan satu liang lahad.

Bila ditanya mengenai pengalamannya semasa bekerja sebagai penggali kubur, MrBoyb mengatakan bahawa dia sudah lali menghadapi pelbagai perkara yang tidak terjangka.



“Kalau nak ceritakan pengalaman tu ada juga la, kebanyakannya berkenaan kubur sebelah.

“Biasa akan keluar bau jika ada saluran air atau akar dari kubur sebelah, tapi saya dah lali dah,” katanya.

Tambahnya lagi, dia juga sudah menurunkan bermacam-macam jenazah ke liang lahad sama ada meninggal dunia disebabkan kemalangan, sakit berjangkit atau yang positif COVID-19.

Terkadang, naluri dia juga dapat merasakan seperti ada orang yang akan meninggal dunia.

“Macam posting saya ni, saya dapat rasa seperti ada orang nak pergi (meninggal dunia), saya jarang tengok cangkul tetapi semalam saya tenung je cangkul tu.

“Sempat jugak la malam tu saya berlawak dengan kawan, ada dengar-dengar orang nazak tak? Tapi dorang takde dengar pulak, rupanya arwah duduk luar tapi kebumikan kat kampung,” katanya.

Perkongsiannya itu mendapat reaksi yang positif dari netizen serta ada juga yang mendoakannya diberikan ganjaran kebaikan di atas kerja yang dilakukannya itu.



Tidak kurang juga, ada yang memuji hasil tangannya yang sangat kemas dan teliti.

Sumber: Facebook Mrboyb Nordin

Kemas Sungguh Hasil Kerja Tangan Pemuda Ini Menyediakan Liang Lahad Sebagai Penggali Kubur [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Hobi Wanita Ini Rakam 220,000 Gambar Kubur

[VIDEO] Kubur tertanam di dapur rumah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker