Saya tak ada masalah dengan presiden – Tajuddin

Sebaran :

Saya tak ada masalah dengan presiden, tapi kalau dia ada tak tahulah’

Walaupun disingkirkan secara tiba-tiba daripada jawatan penting parti, Tajuddin Abdul Rahman, berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Ahmad Zahid Hamidi.

Malah Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata dia menerima keputusan dibuat presiden Umno itu dengan hati terbuka.

Pun begitu dia tidak dapat memastikan jika penyingkiran itu disebabkan presiden Umno terbabit ada masalah dengannya.



“Saya tak ada masalah masalah dengan presiden, (tapi) kalau presiden ada masalah dengan saya, tak tahulah. Kalau nak tahu, kena tanya presidenlah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tajuddin yang akhir-akhir ini bersikap kritikal terhadap Ahmad Zahid hari ini diketepikan daripada jawatan pengarah pilihan raya Umno Malaysia berkuat kuasa serta-merta.

Tempatnya diganti Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

Semasa mengumumkan pertukaran jawatan itu Ahmad Zahid berkata penyusunan semula struktur parti dibuat bagi mengukuhkan parti di semua peringkat.



Tak rugi apa-apa

Kata Tajuddin dia yakin Mohamad dapat mengalas tanggungjawab sebagai pengarah pilihan raya dengan baik bagi membolehkan jentera parti bergerak dengan berkesan.

“Saya tak ada rasa nak marah atau geram, saya happy saja.

“Saya ada banyak kerja lain nak buat. (Apabila) ambil balik tugas, saya lega,” katanya.



Ditanya sama ada pemecatannya sebagai pengarah pilihan raya dibuat selepas audio mengenainya tersebar semalam, Tajuddin menafikan ia ada kaitan sebaliknya menganggap ia sekadar satu kebetulan.

“Jangan sangka yang bukan-bukan,” katanya lagi.

Semalam tular satu rakaman suara yang dikaitkan dengan Tajuddin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno membantah keputusan parti itu menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dalam rakam audio yang tular itu, Tajuddin memberitahu sekarang bukan masa sesuai untuk Umno menarik sokongan dan dia risau keputusan itu akan merosakkan parti.

Tajuddin juga berkata Umno berada dalam keadaan tidak bersedia jika pilihan raya berlaku dalam masa terdekat dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang.

Menurut Tajuddin sepanjang tempoh memegang jawatan pengarah pilihan raya Umno Malaysia, dia memberikan khidmatnya secara ikhlas demi parti.

“Saya tak kisah pun (disingkirkan), saya tak rugi apa-apa.

“Saya berkhidmat ikhlas kerana parti. Saya buat kerja sebelum ini pun guna duit sendiri, saya buat himpunan penyatuan ummah pun guna duit sendiri, saya berkorban demi parti.

“Tok Mat (Mohamad) dah ambil alih, baguslah. Dia timbalan presiden tak ada masalah, harap dia boleh bantu jentera,” katanya lagi. Mk

Saya tak ada masalah dengan presiden – Tajuddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jumpa wanita 2 pagi bincang perkara sulit


Sebaran :

Leave a Reply