Minta maaf, tak boleh beri kenyataan – Fiza

Minta maaf, tak boleh beri kenyataan – Fiza

“Saya mohon maaf kerana tak dibenarkan beri kenyataan…masih dalam siasatan polis…” – Fiza Halim
Oleh Anna Mohamed -July 12, 20210450

SUSULAN isu dituduh ‘kaki sondol’ oleh seorang wanita yang didakwa bekas iparnya, pelakon Fiza Halim memohon maaf kepada pihak media kerana tidak boleh memberi sebarang kenyataan disebabkan hal tersebut sedang disiasat pihak polis.

“Saya mohon maaf kerana tak dibenarkan memberi apa apa kenyataan berhubung perkara berbangkit dan tular itu.

“Ia memang masih dalam siasatan polis. Dalam minggu depan Insya-Allah saya akan mendapat keputusan hasil siasatan,” katanya kepada URTV.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia bukan sengaja mahu mengelak daripada pertanyaan rakan media berhubung isu yang luas tersebar di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN : Fiza Halim buat laporan polis, dituduh kaki sondol & mata duitan

“Hakikatnya saya terpaksa kunci mulut dulu. Biarlah pihak berwajib melakukan kerja mereka dulu. Saya pasti jika ada sebarang makluman akan diberitahu kelak,” katanya

Terdahulu, nama Fiza ‘panas’ apabila seorang pengguna laman Twitter mendakwa Fiza seorang ‘kaki sondol’ dan pemusnah rumah tangga orang sehingga berlakunya penceraian selain dituduh mata duitan.

Enggan membiarkan fitnah itu menjadi lebih keruh, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara pada Rabu lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan Kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 198 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Untuk rekod, Fiza pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali. Bersama suami pertama, Ahmed Farriq Zainul Abidin, mereka dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

Bagaimanapun, mereka sah bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Perkahwinan kedua Fiza dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF), Adam, pada September 2013, juga tidak kekal.

Fiza kemudian bertemu jodoh dengan juruterbang berstatus duda dua anak, iaitu Aizat Al Jefri pada Disember 2016. Melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata, Baby Aleena yang berusia hampir tiga tahun.

Mahligai yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada Julai tahun lalu. Utv

Minta maaf, tak boleh beri kenyataan – Fiza


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Michael Ang sekolahkan Rita isu vaksin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker