NORA DANISH KELIRU NETIZEN BANDINGKANNYA DENGAN IFA RAZIAH [VIDEO]



NORA DANISH KELIRU NETIZEN BANDINGKANNYA DENGAN IFA RAZIAH

NORA DANISH KELIRU NETIZEN BANDINGKANNYA DENGAN IFA RAZIAH

Semua sedia maklum mengenai penyanyi, pelakon dan pengacara sensasi Ifa Raziah yang baru-baru ini menolak vaksin sinovac kerana mahukan vaksin pfizer. Ifa memberitahu dia mempunyai beberapa alasan tertentu sebab kenapa memilih vaksin tersebut.

Dek kerana itu, netizen telah bertindak membandingkan pelakon Nora Danish yang menerima vaksin Sinovac dengan Ifa yang menolak vaksin itu. Berhubung isu tersebut, Nora berkata, dia pada awalnya tidak tahu menahu mengenai perkara terbabit.

“Saya pasti, Kak Ifa (Raziah) ada alasan tersendiri. Sebenarnya saya pun keliru, saya pun tak tahu, kenapa selepas saya ambil Sinovac, ramai orang ambil kisah itu jadikan macam saya tak memilih.

“Jadi, saya tak fahamlah. Saya cuma ‘repost’ sajalah. Kemudian, hari ini dan semalam, baru saya sedar bahawa artikel itu adalah berkaitan isu Kak Ifa Raziah. Bagi saya, saya pasti Kak Ifa ada alasan tersendiri kenapa dia memilih vaksin sebab setahu saya Kak Ifa adalah orang yang sangat sempoi,” katanya.




Menerusi hantaran video dimuat naik di Instagram Story, Nora juga meminta masyarakat supaya tidak mudah menjatuhkan hukum kepada seseorang individu tanpa mengetahui alasan di sebalik keputusannya.

“Dia bukan apa yang kamu fikir. Dia sangat sempoi. Mesti ada alasan dia buat begitu. Apa yang penting, kita janganlah terlalu menghukum. Kalau kita rasa perkara itu tak betul, kita jangan buat. Kita jangan ikut, habis cerita, betul tak?” ujarnya.

Pengambilan vaksin

Dalam masa sama, Nora juga mengajak pengikut dan peminatnya supaya menguar-uarkan mengenai pengambilan vaksin dan berdoa agar kes jangkitan baharu menurun.

“Sekarang, saya pun dah pening dengan macam-macam berita dan komen sana sini. Ini tak betul, itu tak betul, atas tak betul, bawah tak betul, tepi tak betul, semua tak betul. Jadi, saya pun macam dah pening dah pasal perkara berkaitan vaksin ini. Jadi, kita lupakan masalah ini, isu ini dah habis dah, okay.

“Apa yang penting, sekarang ini tanggungjawab kita adalah, kita uar-uarkan lagi kepada semua, ambil vaksin cepat dan kita doa banyak-banyak semoga kes kita ini makin turun. Itu yang lebih penting, daripada kita bergaduh sesama sendiri,” tambah Nora yang menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti UCSI.




NORA DANISH KELIRU NETIZEN BANDINGKANNYA DENGAN IFA RAZIAH


Baca Artikel Menarik :

Sarawak tarik balik kebenaran makan di kedai

Layari Laman Facebook MYKMU


Gelang ‘pink’ sudah digunting! Nora Danish enggan ulangi kesilapan lalu

 



Leave a Reply

Your email address will not be published.