Gelang ‘pink’ sudah digunting! Nora Danish enggan ulangi kesilapan lalu


PELAKON Nora Danish meluahkan rasa lega selepas dia kini bebas daripada Covid-19.

Nora sebelum ini menjalani tempoh kuarantin kendiri selama 10 hari di rumah selepas disahkan positif wabak berkenaan.

Terkesan dengan apa yang telah terjadi terhadap dirinya, pelakon Covid Oh Covid itu kini mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan pergerakan.

“Alhamdulillah, gelang sudah digunting. Terima kasih pada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pasukan yang jaga saya selama 10 hari ini.

“Rumah pun sudah disanitasi. Sekarang jom kita jaga kita.

“Jangan keluar rumahlah bila tak penting. Saya pun dah belajar daripada kesilapan lalu. Jaga diri semua dan kekal selamat!,” katanya.

Pelakon berusia 39 tahun itu berkongsi mengenai perkembangan terbaharunya itu menerusi entri di Instagram.

Terdahulu, pada 9 Mei lalu, Nora mendedahkan hasil ujian calitan (swab test) mengesahkan dirinya positif Covid-19 meskipun tidak mempunyai sebarang gejala. Utv

Nora Danish, Tiz Zaqyah positif COVID-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker