Gelagat Lucu Jin Masuk Islam Ini Tarik Perhatian Netizen Bila ‘Ruqyah’ Wanita Dirasuk [VIDEO]

Gelagat Lucu Jin Masuk Islam Ini Tarik Perhatian Netizen Bila ‘Ruqyah’ Wanita Dirasuk [VIDEO]

Adakah anda pernah melihat seseorang dirasuk oleh jin dan cara rawatan untuk menghalau jin tersebut daripada terus tinggal dlam badan seseorang? Bagi yang pernah menyaksikan situasi seseorang dirasuk, pasti anda sudah berasa seram sejuk, bukan?

Sebuah video dikongsikan oleh Miss Fex tular di TikTok dimana memaparkan situasi seorang ustaz sedang merawat seorang wanita yang dirasuk makhluk halus. Menerusi video tersebut, dapat dilihat suasana seram di dewan tersebut bertukar menjadi kelakar apabila ustaz tersebut mengajak jin di dalam badan wanita berkenaan untuk mengucap dua kalimah syahadah.

VIDEO DIBAWAH:-



 

Mana tidaknya, jin tersebut mengikut kata-kata ustaz dengan suara yang berubah-ubah sambil membuat pelbagai gaya comel dan mencuit hati. Selepas selesai mengucap dua kalimah syahadah, maka jin itu meninggalkan tubuh wanita tersebut.

Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terhibur melihat aksi lucu ketika jin tersebut mengucap dua kalimah syahadah. Malah, para netizen juga tidak dapat menahan gelak dan mengatakan tingkahlaku jin tersebut comel.



Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan ini merupakan pertama kali melihat kes rasuk yang tidak degil dan kelakar. Malah, para netizen turut mendoakan agar wanita tersebut dilindungi dan kembali sihat seperti sediakala.-TVC

Sumber: Tiktok Miss Fex

Gelagat Lucu Jin Masuk Islam Ini Tarik Perhatian Netizen Bila ‘Ruqyah’ Wanita Dirasuk [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker