Bomba selamatkan wanita bogel tersepit

Bomba selamatkan wanita bogel tersepit

Bomba ambil masa dua jam selamatkan wanita bogel tersepit

SANTA ANA, California – Pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan seorang wanita bogel yang terperangkap di antara dua bangunan pada Selasa lalu, lapor akhbar New York Post.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dilihat terbaring dalam keadaan tubuhnya tersepit di celah dua bangunan tersebut.

Pasukan bomba penyelamat tidak pasti bagaimana mangsa boleh berada di ruang sempit dan berapa lama dia terperangkap.

“Kami tidak begitu pasti bagaimana dia boleh tersepit,” kata ketua pasukan Bomba Daerah Orange, Kapten Thanh Nguyen kepada stesen televisyen tempatan, KTLA.

Pasukan keselamatan menerima panggilan kecemasan pukul 2 petang (waktu tempatan) Selasa lalu selepas pekerja di bangunan itu terdengar jeritan seseorang yang meminta tolong.

“Dia terus menjerit dan menjerit dan menjerit.

“Kami kemudian menghubungi polis dan dan masuk melalui bumbung sebelum terlihat wanita itu yang sedang berbaring dalam keadaan bogel,” kata pemilik salah satu bangunan tersebut, Jim Kahill.

Wanita itu berjaya dikeluarkan daripada ruang tersebut dua jam kemudian.

“Selepas operasi teknikal yang penuh berhati-hati, anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa dan akan memberikan maklumat lanjut kelak,” jelas jurucakap pihak berkuasa. K Online

Bomba selamatkan wanita bogel tersepit


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker