Contohilah Labuan kini 26 kes dulu beribu-ribu



Contohilah Labuan kini 26 kes dulu beribu-ribu.Tindakan kesihatan awam serta pemberian vaksin Covid-19 kepada penduduk adalah langkah terbaik dalam membendung penularan jangkitan Covid-19 di Lembah Klang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memberi contoh situasi jangkitan dilaporkan di Labuan sebelum ini di mana kes positif Covid-19 di wilayah itu pernah mencecah 1,340 kes hanya dalam tempoh seminggu.

“Kita melaksanakan tindakan kesihatan awam dan pemberian vaksin malah, kita kenal pasti jangkitan yang dilaporkan ini melibatkan varian Delta iaitu terdiri daripada pekerja industri perkapalan.

“Dalam masa dua minggu kita melaksanakan tindakan awam dan pemberian vaksin dos pertama (87 peratus) serta dos kedua (52 peratus), dan ia dapat dikawal dalam tempoh dua minggu lebih selain menyaksikan kes menurun.

“Ini menunjukkan walaupun varian Delta dikesan di sana, apa yang penting ialah meningkatkan pemberian vaksin berjaya membendung penularan Covid-19 dalam masa kurang tiga minggu dan hari ini Labuan mencatatkan 26 kes baharu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.




Beliau berkata, justeru kaedah itu perlu diguna pakai di Lembah Klang bagi membendung penularan jangkitan selain meningkatkan pemberian vaksin Covid-19 dalam masa terdekat.

“Kita dimaklumkan sebanyak 5 juta dos akan diberikan kepada Lembah Klang dan setakat ini sebanyak 3.1 juta penduduk di Lembah Klang telah mendapat satu dos.

“Jadi kita akan pertingkatkan 5 juta dos vaksin untuk diberikan dalam tempoh terdekat bagi mencapai vaksinasi semua penduduk Lembah Klang menjelang 1 Ogos depan dengan sekurang-kurangnya satu dos,” katanya.

Noor Hisham menambah, sekiranya pemberian vaksin tersebut dipertingkatkan, kemasukan pesakit positif Covid-19 ke hospital boleh dikurangkan.

“Kita lihat di Labuan, penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) di sana pernah melebihi 120 peratus dan kita tambah 22 katil selain hospital medan serta pusat kuarantin.




“Sehingga kini, kita lihat penurunan kes di ICU di Labuan sebanyak 55 peratus iaitu hanya ada sembilan pesakit selain pesakit di wad juga berkurangan,” katanya.

Katanya, pertambahan katil hanyalah sementara susulan kes yang meningkat namun, penyelesaian bagi mengurangkan kes tersebut adalah dengan meningkatkan pemberian vaksin.

Contohilah Labuan kini 26 kes dulu beribu-ribu

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bertumbuk tepi jalan di Pasir Tumbuh



Leave a Reply

Your email address will not be published.