PNBCC tuntut keadilan Adib, mahu PN ‘move forward’

PNBCC tuntut keadilan Adib, mahu PN ‘move forward’. Majlis Backbenchers Perikatan Nasional (PNBCC) mahu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi fokus kepada tiga isu utama termasuk tuntutan keadilan dalam kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, Timbalan Perdana Menteri haruslah membincangkan isu-isu penting yang berkait rapat dengan kepentingan awam dan keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan, kehakiman dan proses keadilan dalam negara.

“Pertama, menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) termasuk siasatan terhadap isu penjualan asset-aset tabung haji ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.



“Kedua, mempercepatkan proses perbicaraan dan inkues kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim dan yang ketiga, menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat unsur penyelewengan fakta kandungan buku tulisan Tan Sri Tommy Thomas bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Ismail Sabri telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas jawatan tersebut dikosongkan sejak Februari tahun lalu selepas gerakan ‘Langkah Sheraton’ yang telah menumbangkan kerajaan PH.

PNBBC juga memberikan sokongan penuh terhadap pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein daripada UMNO.

“Perkara itu sekali gus memberi sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) memandangkan usaha bagi memastikan negara dan rakyat keluar daripada kemelut pandemik ini adalah merupakan perjuangan bersama. Oleh itu, pertikaian sokongan pelantikan ini oleh ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional tidak perlu dipertikaikan lagi,” jelasnya.



Shahidan yang juga merupakan Ahli Parlimen Arau berpesan supaya kerajaan PN terus maju ke hadapan dalam menguruskan negara demi rakyat Malaysia.

“Penambahbaikan aspek pentadbiran dan penyampaian khidmat oleh kerajaan adalah perlu bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat membetulkan persepsi mereka bagi memastikan setiap usaha untuk memulihkan negara dari aspek ekonomi dan sosial dapat terus dilaksanakan dengan jayanya menerusi sokongan semua pihak.

“Kami menyeru agar semua pihak dalam UMNO terus menyokong ahli-ahli parlimen agar perkhidmatan terbaik kepada rakyat dapat diberikan dengan penekanan terhadap usaha meningkatkan vaksinasi dapat dipergiatkan,” ujarnya

PNBCC tuntut keadilan Adib, mahu PN ‘move forward’


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


‘Mereka’ jahanamkan impak ekonomi bernilai RM500 billion begitu sahaja – Najib Razak

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker