‘Mereka’ jahanamkan impak ekonomi bernilai RM500 billion begitu sahaja – Najib Razak

‘Mereka’ jahanamkan impak ekonomi bernilai RM500 billion begitu sahaja – Najib Razak

Perjanjian bagi penjualan 60% kepentingan dalam projek Bandar Malaysia dengan harga RM7.41b kepada syarikat usaha sama 60%-40% Malaysia-China dibuat masa PH telah terbatal.

Ini kali kedua penjualan kepada pembeli yang sama terbatal.



Kerajaan BN dahulu juga pernah batalkan penjualan tersebut pada tahun 2017 sebab saya percaya ianya lebih berbaloi bagi Malaysia untuk memanfaatkan keuntungan dari projek milik 1MDB yang pernah bernilai sebanyak RM140 bilion ini.

Tetapi kerajaan PH jual semula kepada pembeli yang sama walaupun pernah tuduh projek ini adalah antara bukti saya jual negara kepada China.

Lalu PM4/7 jelaskan bahawa jual semula dan ianya tidak lagi jual negara sebab dia tersilap sebelum PRU14 bahawa pembeli majoriti adalah China tetapi selepas dia kaji, dia dapati sebenarnya pemegang saham majoriti merupakan syarikat dan kerajaan Malaysia.

(Takde pulak dia mohon maaf pada saya atau Rakyat Malaysia sebab dia “tersalah faham” sebelum PRU14)



Pada masa dulu, beberapa penganalisis pernah mengira bahawa kerajaan berpotensi mengaut keuntungan sebanyak RM90 bilion dari projek ini. Sebab itu saya berhasrat untuk kerajaan bangunkan projek ini.

Namun projek Bandar Malaysia tidak lagi bernilai begitu banyak hari ini setelah kerajaan PN batalkan projek keretapi laju HSR Malaysia Singapura pada awal tahun ini sebab stesen terminus HSR yang ditempatkan di Bandar Malaysia merupakan antara daya tarikan terbesar projek.

Malangnya, Kerajaan PN bukan sahaja batalkan projek HSR yang mampu membawa kepada nilai ekonomi sebanyak RM500 bilion bagi tahun-tahun mendatang, mereka juga telah jahanamkan nilai RM140 bilion bagi projek Bandar Malaysia.

Yusoff Rawther saman Anwar atas dakwaan salah laku seksual



Siap perlu bayar pampasan RM300 juta kepada kerajaan Singapura pulak.

Perancangan kerajaan BN masa saya PM dahulu ialah kita bangunkan projek Bandar Malaysia untuk mengaut keuntungan RM92 bilion.

Kita gunakan RM60 bilion daripada RM92 bilion untuk biayai sepenuhnya kos projek HSR.



Maksudnya, kerajaan masih mampu simpan keuntungan RM32 bilion selepas membina projek HSR dengan “percuma” untuk memberi impak ekonomi RM500 bilion pada negara.
Tapi nasi sudah jadi bubur.

Keuntungan RM32 bilion hilang.

Satu mercu tanda kejayaan ibukota Malaysia tidak menjadi.

Sistem keretapi HSR yang juga akan memudahkan warga negeri-negeri selatan melayang.



Impak ekonomi RM500 bilion yang akan merancakkan ekonomi negara serta pembangunan negara masa depan dan menyediakan ratusan juta peluang pekerjaan baharu juga lesap.

Negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia pula teruskan projek-projek keretapi laju mereka masing-masing.

Cuma Singapura satu-satunya sahaja yang tiada projek keretapi laju sebab entah mahu landasan itu nak pergi ke mana dalam pulau itu.

‘Mereka’ jahanamkan impak ekonomi bernilai RM500 billion begitu sahaja – Najib Razak


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Nazri kata tindakan ‘bocor’ mesyuarat MKT tepat demi kebenaran

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker