Jika Muhyiddin enggan letak jawatan, NGO akan turun berdemo

Jika Muhyiddin enggan letak jawatan, NGO akan turun berdemo . Koordinator Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) akan mengadakan himpunan aman di seluruh negara pada Sabtu ini sekiranya Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang didakwa hilang majoriti enggan melepaskan jawatannya.

Dalam satu memorandum kepada Istana Negara, GBMRM berkata pihaknya mewakili 42 NGO memohon agar Yang di-Pertuan Agong mengambil langkah tegas terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak menghormati demokrasi berpalimen dan raja berpelembagaan.

“Ternyata kerajaan PN tidak menghormati titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong kerana sehingga ke hari ini kerajaan PN masih mahu berkuasa meskipun sudah tidak lagi mempunyai majoriti sokongan ahli-ahli parlimen.



“Sepatutnya apabila sudah hilang majoriti, perdana menteri mestilah meletakkan jawatan serta-merta. Tetapi sehingga hari ni beliau masih menganggap masih perdana menteri yang sah.

Menurut memorandum tersebut, GBMRM memberikan tempoh selewat-lewatnya sehingga 16 Julai untuk Muhyiddin berundur.

“Jika Muhyiddin masih enggan meletakkan jawatan sebagaimana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan, kami akan berhimpun secara aman di seluruh Malaysia pada hari Sabtu 17 Julai dengan mengikut prosedut operasi standard,” kata kenyataan gabungan tersebut.

Terdahulu, GBMRM menghantar memorandum tersebut bagi mendesak campur tangan Istana agar Muhyiddin meletakkan jawatannya.



Wakil mereka, Mustapa Mansor, mengesahkan memorandum tersebut diserahkan kepada pegawai Istana Negara, semalam.

Antara pihak yang menyokong usaha itu seperti Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia, Majlis Gabungan Media Digital Malaysia, Otai Reformis 1998, Suara prihatin Rakyat Malaysia dan Pertubuhan Pelancongan Muslim Perak.

Jika Muhyiddin enggan letak jawatan, NGO akan turun berdemo

 


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Ismail Sabri ‘jambatan’ selamatkan UMNO, kerajaan PN

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker