Lisa Surihani dedah wajah anak ketiga

Genap sebulan, Lisa Surihani dedah wajah anak ketiga

PETALING JAYA – Genap usia sebulan, pelakon Datin Lisa Surihani akhirnya mendedahkan wajah anak ketiganya, Yunos Laith.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Lisa yang juga isteri kepada penyanyi, pengarah dan juga komposer, Datuk Yusry Abdul Halim itu berkongsi wajah bayi lelakinya sedang tidur sambil tersenyum untuk tatapan peminat.



“Bismillah. Mengimbas semula sewaktu Yunos balik ke rumah dari hospital dan rambutnya masih ada lagi. Pejam celik sudah sebulan anak Mommy (ibu). Lang (panggilan anak ketiga) ikut muka siapa ini?” tulis Lisa.

Menjengah dalam ruangan komen, perkongsian Lisa itu turut mendapat reaksi daripada beberapa rakan artis yang turut sama berkongsi kegembiraan mengenali Yusof.

“Masha-Allah. Tabrakallah,” kata penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Alhamdulillah. Sedapnya bau bayi. Moga jadi anak yang soleh Yunos,” ujar pelakon Siti Elizad.



“Masha-Allah. Lelaki yang kacak. Sayang Yunos,” tulis pelakon Fazura.

Pada 21 Jun lalu, Lisa mengumumkan nama anak ketiganya iaitu Yusof Laith selepas tujuh hari bayi tersebut dilahirkan.

Sekadar info, Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada Februari 2012. Pasangan itu kini sudah dikurniakan tiga cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 serta Yusof Leonne, 4, dan Yunos Laith, sebulan yang dilahirkan pada 15 Jun lalu. K Online

Lisa Surihani dedah wajah anak ketiga




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker