Ular sawa kekenyangan selepas telan kambing ditangkap

Ular sawa kekenyangan selepas telan kambing ditangkap. Seekor ular sawa yang baru menelan seekor kambing di sebuah kandang, di Kampung Suasa, Beaufort, berjaya ditangkap pasukan bomba, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan ular itu pada jam 12.34 tengah hari.

“Sepasukan anggota kemudian bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 28 kilometer daripada balai bomba dan mendapati ada seekor ular sawa di dalam sebuah kandang kambing.

“Ular sepanjang 12 kaki itu juga baru menelan seekor kambing di dalam kandang berkenaan dan pasukan bomba kemudian menangkap haiwan itu bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu dalam kes berasingan, sebuah rumah pekerja di sebuah tapak pembinaan di Jalan Tombovo Ketiau, di Putatan, dihempap pokok tumbang, pagi tadi.

Pasukan bomba menjalankan kerja mengalihkan pokok yang tumbang serta menghempap sebuah rumah pekerja di Putatan.

Affendy berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.02 pagi.

“Sepasukan anggota kemudian pergi ke lokasi untuk menjalankan operasi mengalihkan kayu terbabit.

“Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu manakala rumah pekerja terbabit mengalami kerosakan 10 peratus,” katanya.

Ular sawa kekenyangan selepas telan kambing ditangkap

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Mereka’ jahanamkan impak ekonomi bernilai RM500 billion begitu sahaja – Najib Razak

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker