Ebit Lew Sumbang Kelengkapan Kepada CAC Stadium Titiwangsa

Ebit Lew Sumbang Kelengkapan Kepada CAC Stadium Titiwangsa
Sifat pemurah dan kemanusiaan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memang tidak boleh dipertikaikan.
Beliau baru saja kematian ayah tersayangnya tapi sifat beliau yang pemurah dan kemanusiaan tetap tebal di hatinya.
Dari Malaysia sehinggalah ke luar negara, bantuan disalurkan tanpa mengira batas agama dan jarak perjalanan.
Terbaharu, Ebit yang juga usahawan menyalurkan sumbangan kelengkapan kepada Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Stadium Titiwangsa ketika merasmikan CAC itu hari ini.
“Saya bantu siapkan kelengkapan untuk mereka. Belikan katil kanvas sebanyak 100 unit; pakaian pelindung diri (PPE) (200 unit); komputer riba (tiga unit); tablet (10 unit); kipas (10 unit); kerusi dan meja plastik; serta sarung tangan getah sebanyak 50 unit,” demikian kongsi Ebit dalam entri tersebut, pada Khamis.

Ebit Lew sumbang kelengkapan kepada CAC Stadium Titiwangsa

Ebit hadir untuk merasmikan CAC Stadium Titiwangsa hari ini – Gambar Facebook Ebit Lew
Dalam masa yang sama, Ebit turut menzahirkan rasa terharu atas pengorbanan petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu negara.
“Setiap hari pakai baju PPE…. kerja yang setiap hari semakin berat. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada semua doktor, jururawat, penolong pegawai perubatan dan petugas barisan hadapan negara,” ujarnya.
Ebit turut menerima sijil penghargaan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
Sebelum ini beliau berangkat ke Palestin bagi misi kemanusiaannya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker