“Mantap! Mantap!”- Askar Pengaman Ireland Puji Abis Berkali-Kali Keenakan Rasa Nasi Lemak [VIDEO]

“Mantap! Mantap!”- Askar Pengaman Ireland Puji Abis Berkali-Kali Keenakan Rasa Nasi Lemak [VIDEO]

Seperti umum tahu, di negara kita terdapat pelbagai jenis makanan tradisional yang sinonim dengan masyarakat di sini

Antara menu yang digemari ramai adalah tentunya nasi lemak. Rasanya yang sedap dengan gabungan pelbagai bahan membuatkan sesiapa saja yang rasa pasti menyukainya.

Seperti video perkongsian yang tular di Facebook baru-baru ini menunjukkan seorang tentera Ireland di Lubnan memuji keenakan nasi lemak mencuri tumpuan ramai.

VIDEO DIBAWAH:-

Kongsi masakan ketika bertugas di bumi Lubnan

Menerusi video tersebut, seorang wanita yang dikenali sebagai Hasma Hassan berkongsi reaksi seorang tentera Ireland memuji keenakan rasa nasi lemak di dalam group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.

Kelihatan tentera itu makan nasi lemak tersebut bersama rendang daging dan ayam berempah. Difahamkan wanita berkenaan merupakan seorang tentera darat yang telah ditugaskan sebagai ‘chief’ tentera dalam misi pengaman di Lubnan.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah tentera pengaman Ireland di Lubnan itu tidak habis-habis memuji keenakan rasa nasi lemak itu dengan memberitahu “very tasty so valuation to this food, mantap, mantap, terima kasih Malaysia,” katanya.

“Baru dia tahu kenapa orang Malaysia ramai gemuk-gemuk” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video tersebut. Malah, ada yang menyifatkan mengapa rakyat Malaysia ramai yang gemuk kerana makanan yang sedap-sedap belaka.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 25K likes, 1.1K comments dan 528 shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker