Wanita pecah cermin van dakwa kereta dihimpit [VIDEO]

Wanita pecah cermin van dakwa kereta dihimpit

Wanita pecah cermin van dakwa kereta dihimpit

Kuala Lumpur: Akibat tidak berpuas hati kerana mendakwa keretanya dihimpit sebuah van, wanita bertindak memecahkan cermin kenderaan itu menggunakan pengunci stereng di Sentul Pasar, di sini, pada 5 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada wanita berusia 26 tahun itu dan pemandu van syarikat platform e-dagang berusia 36 tahun berhubung kejadian.



Menurutnya, wanita itu membuat laporan mendakwa keretanya dihimpit van dipandu lelaki berkenaan, manakala lelaki itu pula membuat laporan berkaitan kes pecah cermin kenderaan.

“Mengikut laporan wanita itu, van dipandu seorang lelaki menghimpit keretanya dan mematahkan cermin sisi bahagian pemandu semasa dia berhenti di persimpangan lampu isyarat Kampung Batu Muda.

“Wanita itu bertindak mengekori van terbabit dan membunyikan hon supaya kenderaan berkenaan berhenti untuk berbincang, namun tidak diendahkan.

“Akibat tidak berpuas hati, wanita itu yang memandu Perodua Axia bertindak menghalang laluan van terbabit dan memecahkan cermin kenderaan berkenaan menggunakan pengunci stereng,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Beh berkata, lelaki berkenaan menafikan kejadian dan mendakwa perselisihan faham berpunca daripada tindakan wanita terbabit yang membuat pusingan U secara tiba-tiba.

Menurutnya, pemandu van itu memaklumkan turut membunyikan hon untuk menegur tindakan wanita berkenaan.

“Disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu, wanita terbabit mengejar van berkenaan dan dua kenderaan terbabit secara tidak sengaja bergesel,” katanya.

Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan kedua-dua pemandu itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.



“Orang ramai dinasihatkan sentiasa mematuhi undang-undang dan tindakan tegas akan diambil jika ingkar,” katanya.

Terdahulu, satu video berdurasi 19 saat menunjukkan seorang wanita memecahkan cermin sebuah van di Sentul Pasar, di sini, tular di media sosial, hari ini.

Wanita pecah cermin van dakwa kereta dihimpit

 

Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Musang King kini emas baharu

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker