KWSP i-Citra boleh mohon mulai esok

KWSP i-Citra boleh mohon mulai esok

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memohon skim pengeluaran i-Citra mulai esok, tiga hari lebih awal daripada jadual.

KWSP berkata, untuk memudahkan proses permohonan dalam talian itu, ahli perlu memastikan nombor telefon bimbit mereka sama dengan rekod KWSP bagi menerima kata laluan sekali guna (OTP) serta akaun bank aktif untuk menerima bayaran itu.

Di bawah skim ini, ahli boleh mengeluarkan sehingga RM5,000, tertakluk kepada keseluruhan baki dalam Akaun 1 dan 2 mereka.

“Jumlah yang diluluskan itu akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan, dengan bayaran tetap RM1,000 sebulan, tertakluk kepada baki simpanan,” katanya dalam kenyataan.

KWSP berkata, bayaran pertama dijangka dimasukkan ke akaun bank ahli bulan depan.

Kemudahan i-Citra diperkenalkan menerusi pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu, untuk membantu ahli KWSP yang terkesan akibat perintah kawalan pergerakan bagi memenuhi keperluan asas demi kelangsungan hidup mereka.

Untuk maklumat lanjut i-Citra dan garis panduan permohonannya, ahli KWSP boleh merujuk laman web www.kwsp.gov.my atau hubungi hotline i-Citra di 03-8922 4848.
FMT

KWSP i-Citra boleh mohon mulai esok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ekonomi semakin tenat, menteri kanan makin bertambah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker