Cik B dan Dr. Vida dua orang yang berlainan

Sebaran :

Cik B dan Dr. Vida dua orang yang berlainan. “Harap orang faham saya dan mama adalah dua orang yang berlainan,”.

Itu jawapan balas anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV), Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali dengan panggilan Cik B, berhubung isu dakwaan kononnya DSV tidak respek dengan kempen bendera putih.

Sebelum itu, Cik B ada menerima komen daripada seorang pengguna media sosial yang turut mengheret namanya ke dalam isu tersebut.

“Saya harap awak lebih faham kenapa orang ramai mengkritik ibu awak berkenaan isu minta bantuan itu, kecewa,” katanya.

Namun bijak membalas, remaja berusia 16 tahun itu berpendapat masing-masing mempunyai pandangan tersendiri.

“Mama berhak untuk menyuarakan pendapat dan itu tidak bermakna kami sepakat pada pandangan yang diberikan. Mama seorang yang hebat dan saya respek apa pun dia,” tambahnya.

Meninjau ruangan komen Twitter Cik B, rata-rata pengguna memuji cara dia menjawab dan berdepan dengan komen tersebut.

“Anak menteri pun tak berani macam ini, steady!” komen salah seorang pengguna Twitter.

“Komen netizen pun, janganlah babitkan anak. Kalau emak dia macam itu tak semestinya anak pun sama,” komen seorang lagi pengguna.

Cik B dan Dr. Vida dua orang yang berlainan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hanya dua cara PM baharu boleh dilantik


Sebaran :

Leave a Reply