Resepi kari hijau Thai padu



Resepi kari hijau Thai padu

Kari Hijau Thai mendapat namanya dari warna kari tersebut yang datang dari bahan utamanya, cili hijau. Selalunya orang aevut Thai Green curry

Biasanya orang akan membeli pes kari hijau dari kedai dan pasaraya. Namun kali ini kita akan menbuat pes kari hijau sendir. Barulah sedap!

Serving 4 sajian
Prep time 5 minit
Cook Time 20 minit

Bahan




Pes Kari Hijau
6 batang cili hijau
2 biji bawang merah
2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 cekak daun ketumbar
2 batang serai
1 biji limau nipis (diperah jus)
8 helai daun limau purut
1 inci lengkuas
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil sos ikan
3 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar minyak masak
1 ulas bawang putih (dicincang)
100 gram terung pipit
2 sudu besar pes kari hijau
400 ml santan
1 sudu kecil gula
2 sudu besar sos ikan
450 gram ayam (dipotong kecil)
2 helai daun limau purut
1 batang cili merah dan hijau

Cara

Pes Kari Hijau
Masukkan kesemua bahan dalam blender, dan blend sehingga lumat dan menjadi pes.

Simpan dalam bekas bertutup untuk kegunaan masa akan datang.

Ayam
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih.




Masukkan pes kari hijau Thai, tumis hingga naik bau.

Masukkan santan, masak sehingga hampir mendidih.

Masukkan sos ikan, gula, terung pipit dan ayam.

Kurangkan api, tutup periuk, dan renehkan lebih kurang 8 minit, hingga ayam masak.

Masukkan daun limau purut dan hirisan cili hijau dan merah, gaul.




Resepi kari hijau Thai padu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 

 


Resepi dalca tulang tanpa santan



Leave a Reply

Your email address will not be published.