Kenapa tiada orang suruh saya ‘out’ – TMJ

Kenapa tiada orang suruh saya ‘out’ ?

JOHOR BAHRU: Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertahan ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora yang sudah melakukan yang terbaik pada kempen Liga Juara-juara Asia (ACL) musim ini walaupun gagal mara ke pusingan seterusnya.

Tunku Mahkota Johor dalam satu hantaran di Instagramnya berkata, peminat bola sepak tanah air khususnya penyokong setia Harimau Selatan perlu realistik dan sedar bahawa pentas ACL terlalu tinggi buat JDT.



Kata Tunku Ismail, adalah bagus untuk mempunyai cita-cita tinggi tetapi cita-cita dengan khayalan adalah sesuatu yang berbeza.

“Siapa lantik Mora? Saya. Kenapa tiada orang suruh saya out? Saja nak tanya.

“Pertama, sedar diri tahap kita sebagai kelab dari Malaysia, keduanya barulah memasang impian. Yang ketiga, jangan berputus asa dan teruskan menambah baik permainan,” ujarnya.

Kata Tunku Ismail, muncul sebagai wakil tunggal negara beraksi di kejohanan berprestij itu adalah satu penghormatan buat JDT yang mengambil bahagian dalam ACL sejak 2019.



“Ini adalah ACL, kita pernah mencatatkan keputusan menang, seri dan kalah dalam kejohanan ini. Kita Pernah menang menentang kelab Jepun (Kashima Antlers ACL 2019), lawan kelab Korea Selatan (Suwon Bluewings 2020) juga kita pernah menang.

“Tahap pasukan kita sekarang belum cukup tinggi untuk ACL tetapi berpeluang untuk bersaing di ACL adalah satu penghormatan. Kita satu-satunya kelab dari negara ini yang bermain di kejohanan ini,” katanya di Instagramnya hari ini.

Malam tadi, skuad Harimau Selatan hanya sekadar seri tanpa jaringan menentang kelab Thailand, Ratchaburi FC pada aksi terakhir Kumpulan G dan kecundang awal untuk ke melangkah ke pusingan seterusnya setelah mengutip empat mata.

Dalam kempen ACL musim ini, JDT hanya berupaya untuk menang sekali, seri sekali dan tewas dalam dua pertemuan menentang kelab Jepun, Nagoya Grampus dan kelab Korea Selatan, Pohang Steelers.



Keputusan kurang memberangsangkan itu menyebabkan banyak pihak melabel JDT yang dibarisi ramai pemain ternama skuad kebangsaan sebagai ‘jaguh kampung’ selain meletakkan kesalahan di atas bahu Mora yang mahukan pengendali kelahiran Mexico itu mengundurkan diri daripada kelab tersohor itu.

Tambah Tunku Mahkota Johor, sejak 2014, JDT tidak pernah menamatkan musim dengan tangan kosong dan menjulang satu atau dua piala tanpa gagal setiap tahun. Utusan

Kenapa tiada orang suruh saya ‘out’ – TMJ


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Pekebun haram Musang King peroleh Rm420j semusim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker