Ismail Sabri boleh pangku jawatan Perdana Menteri

Ismail Sabri boleh pangku jawatan Perdana Menteri

Ismail boleh pangku jawatan Perdana Menteri jika Muhyiddin letak jawatan – Khaled

Timbalan Perdana Menteri yang baru, Ismail Sabri Yaakob boleh mengambil alih jawatan perdana menteri sekiranya Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan, kata naib presiden Umno, Khaled Nordin.



Khaled berkata, sebagai timbalan perdana menteri, Ismail boleh menjadi pemangku perdana menteri dan menjalankan tugas Muhyiddin.

“Timbalan perdana menteri boleh jadi pemangku perdana menteri.

“Saya secara peribadi tidak ada masalah (jika Ismail mengambil alih jawatan PM),” katanya kepada Malaysiakini awal hari ini.



Khaled berkata demikian ketika dihubungi berhubung keputusan Umno malam tadi untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Parti itu juga mendesak Muhyiddin memberi laluan kepada perdana menteri sementara, yang akan memfokus usaha menangani Covid-19 sehingga pilihan raya umum diadakan.

Majlis Tertinggi Umno yang membuat keputusan malam tadi, bagaimanapun, tidak menyatakan siapa yang akan mengambil alih tugas itu.

“Ini bukan masanya untuk perbincangan seperti itu,” kata Khaled.



Keputusan untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin dibuat kurang 12 jam setelah Ismail dilantik sebagai timbalan perdana menteri – yang dilihat sebagai usaha untuk menenangkan Umno.

Muhyiddin juga melantik Ahli Parlimen Umno dan Menteri Luar, Hishammuddin Hussein ke jawatan menteri kanan yang bertanggungjawab dalam kluster keselamatan, yang merupakan portfolio disandang Ismail sebelum ini.

Umno kini memiliki 38 ahli parlimen dan merupakan blok terbesar dalam kerajaan PN.

Walaupun kedudukan Muhyiddin sekarang berada dalam keadaan tidak stabil setelah penarikan sokongan oleh Umno, keputusan parti itu tidak mencerminkan hilang kepercayaan terhadap perdana menteri.



Ini memandangkan sistem parlimen Westminster hanya mengira sokongan individu dari ahli parlimen tanpa mengambil kira pendirian parti mereka.

Keputusan Majlis Tertinggi itu juga menimbulkan persoalan mengenai kedudukan menteri-menteri Umno dalam kabinet Muhyiddin, sama ada mereka boleh terus berkhidmat kepada perdana menteri atau harus mengundurkan diri.

Sebilangan besar ahli parlimen Umno berpihak kepada Ismail dan Hishammuddin.

Difahamkan ahli-ahli parlimen parti itu diberikan kebebasan untuk menyokong Muhyiddin di parlimen atau sebaliknya. Mk



Ismail Sabri boleh pangku jawatan Perdana Menteri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pekebun haram Musang King peroleh Rm420j semusim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker