Covid-19 : Pecah rekod lagi, 9353 kes baharu

Covid-19 : Pecah rekod lagi, 9353 kes baharu

Kementerian Kesihatan melaporkan satu lagi rekod tertinggi untuk jangkitan harian Covid-19 yang mencatatkan 9,353 kes hari ini berbanding 9,180 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 827,191 kes setakat ini.



Semalam 9,180, hari ini 9,353 kes baharu COVID-19.

Satu lagi rekod kes harian tertinggi dalam tempoh 24 jam.

Menurusi perkongsian di media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, angka kes baharu di Selangor dan Kuala Lumpur kekal tinggi melebihi separuh daripada jumlah yang dilaporkan di negeri-negeri lain.

Selangor melaporkan 4,277 kes baharu manakala Kuala Lumpur 1,398 – tidak banyak berubah berbanding semalam.



Paling menjadi perhatian adalah jumlah kes di Melaka yang mencatatkan angka 835 kes.

Semalam negeri itu hanya melaporkan 222 penularan baharu.

Jiran Melaka dan Selangor iaitu Negeri Sembilan mencatatkan kes baharu keempat tertinggi hari ini dengan 638 kes.

Sementara itu, terendah kes baharu hari ialah Perlis dengan empat kes diikuti Putrajaya (39), Terengganu (50), Labuan (85) dan Kelantan (89).



Saringan bertumpu di PKPD, kilang antara sebab lonjakan kes

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 10 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 9,353 kes (827,191 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 4,277 (281,670)
WPKL – 1,398 (87,711)
Johor – 399 (74,436)
Sabah – 251 (72,042)
Sarawak – 352 (68,599)
Negeri Sembilan – 638 (51,851)
Pulau Pinang – 180 (36,376)
Kelantan – 89 (35,991)
Perak – 145 (28,903)
Kedah – 364 (28,202)
Melaka – 835 (21,597)
Pahang – 247 (15,848)
Terengganu – 50 (11,721)
WP Labuan – 85 (9,087)
WP Putrajaya – 39 (2,550)
Perlis – 4 (607)




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Musang King, D24 pada harga 77 sen anjuran FAMA-Shopee



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker