SUA BN nafikan surat sokongan kepada Muhyiddin

SUA BN nafikan surat sokongan kepada Muhyiddin

SUA BN tepis kenyataan tanpa nama dakwa Ahli Parlimen sokong Muhyiddin

Setiausaha Agung Barisan Nasional, Zambry Abd Kadir, mengesahkan kenyataan tanpa nama mendakwa Ahli Parlimen gabungan itu menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bukan daripada pejabatnya.

Beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai kenyataan tanpa nama itu, memandangkan kesahihannya tidak dapat disahkan, “dan tiada pihak yang tampil untuk mengaku bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berkenaan”.

Zambry berkata, pejabatnya hanya mengeluarkan kenyataan rasmi yang diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN dan persetujuan bersama pimpinan gabungan itu.

“Sebarang langkah dan tindakan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu bagi tujuan menimbulkan keraguan dan perpecahan dalam kalangan BN amat dikesali,” katanya dalam kenyataan, yang disiarkan laman BN News Online.

Kenyataan menyokong presiden Bersatu sebagai Perdana Menteri itu tersebar di media sosial sejak semalam, selepas Umno mengumumkan ia menarik balik sokongan terhadap beliau.

Seorang pembantu kepada Ismail Sabri Yaakob, timbalan perdana menteri yang baharu dilantik, mengesahkan kenyataan berkenaan “sahih”.

“Dalam keadaan negara sedang berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi, kelangsungan hidup rakyat jauh lebih penting daripada percaturan parti-parti politik,” kata kenyataan itu.

Semalam, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, memaklumkan Ahli Parlimen boleh menggunakan budi bicara sendiri untuk mengundi sebarang usul dalam sidang Parlimen akan datang.

Beliau menambah keputusan dibuat oleh parti mesti menjadi panduan bagi Ahli Parlimen Umno melaksanakan tanggungjawab mereka. FMT

SUA BN nafikan surat sokongan kepada Muhyiddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 

 


MP UMNO sokong Muhyiddin tanggung akibatnya nanti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker