Musang King, D24 pada harga 77 sen anjuran FAMA-Shopee

Musang King, D24 pada harga 77 sen anjuran FAMA-Shopee

KUALA LUMPUR: Nak beli durian tapi tidak boleh keluar rumah sebab Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)?

Jangan risau, mulai Sabtu ini (10 Julai), Durian e-Fiesta anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Shopee kembali untuk tahun kedua.



Sepanjang kempen yang berlangsung sehingga 31 Julai ini, pelbagai tawaran menarik disediakan termasuk baucar diskaun sehingga 50 peratus untuk membeli jenis-jenis durian popular seperti Musang King, Udang Merah, XO, D101 dan durian kampung.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, menerusi kempen tersebut, pihaknya dapat membantu jualan petani seterusnya mengelak lambakan pada musim raja buah itu sekarang.

“Berdasarkan rekod kempen-kempen sebelum ini, kerjasama antara FAMA dan Shopee mencatatkan peningkatan pulangan pelaburan sehingga lapan kali ganda yang secara langsung memanfaatkan petani dan penjual durian.

“Suasana ekonomi semasa menjadikan perniagaan dalam talian sebagai strategi kelangsungan perniagaan khususnya kepada usahawan bimbingan FAMA,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Selain itu, para penjual eFAMAPLACE di Shopee mengadakan jualan kilat Shocking Sale setiap hari sehingga 31 Julai ini yang mana pengguna berpeluang membeli Musang King, D24 dan durian kampung serendah 77 sen setiap hari pada pukul 12 tengah malam.

Sementara itu, Pengurus Kanan (Pemasaran) Shopee Malaysia, Kenneth Soh memberitahu, menerusi kempen berkenaan, orang ramai tidak perlu bimbang dengan kes penipuan durian yang berlaku dalam media sosial.

Menurutnya, semua transaksi di platform e-dagang pihaknya dilindungi oleh polisi Jaminan Shopee.

“Kami berharap kempen dan kerjasama dengan FAMA ini dapat membantu mengatasi segala kerisauan orang ramai dan membolehkan mereka menikmati durian kegemaran tanpa sebarang kebimbangan.



“Kami telah mendigitalkan 211 penjual durian sebagai persediaan menjelang kempen Durian e-Fiesta,” ujarnya.

Transaksi boleh dibuat menerusi laman mikro eFAMAPLACE dalam aplikasi Shop Malaysia di Shopee atau layari https://shopee.com.my/m/efama. Utusan

Musang King, D24 pada harga 77 sen anjuran FAMA-Shopee


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Macam sengaja cipta kesilapan untuk elak PRU



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker