Lelaki maut dipercayai terkena tembakan ketika berburu

Lelaki maut dipercayai terkena tembakan ketika berburu

Lelaki maut dipercayai terkena tembakan ketika berburu
FOTO hiasan

SIBU: Seorang lelaki berusia 38 tahun maut dipercayai terkena tembakan ketika berburu bersama rakannya di kawasan kebun kelapa sawit Pasai Siong Tengah di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 4.34 pagi semalam, sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi.

“Sejurus tiba di lokasi, anggota mendapati mangsa yang mengalami kecederaan dipercayai terkena tembakan senjata api berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia.

“Susulan itu, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan. Suspek direman enam hari sejak semalam sehingga 27 April ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit


Zulkipli meminta mana-mana individu atau saksi yang terlihat atau mempunyai maklumat berkaitan kes itu untuk menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohd Adzmei Ahmad di talian 016-8095757 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden yang berlaku kerana dikhuatiri boleh menganggu ketenteraman awam dan menganggu proses siasatan,” katanya.

Lelaki maut dipercayai terkena tembakan ketika berburu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker