Khasiat bawang putih yang terbukti berkesan

Khasiat bawang putih yang terbukti berkesan

Tahukah anda khasiat bawang putih sebenarnya adalah terlalu banyak. Bawang putih bukan sekadar hanya digunakan dalam masakan, tetapi melangkaui sehingga kegunaan dalam ilmu perubatan dan penyelidikan sains.

Jika anda perhatikan, bawang putih atau garlic selalu digunakan dalam pelbagai jenis masakan, dan kebanyakannya digunakan dalam pasta dan roti kerana aromanya yang harum dan membuka selera. Tetapi, tahukah anda bahawa bawang putih mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan kita?

Ya! Jangan terkejut kerana bawang putih dikatakan merupakan antara 10 makanan terbaik di dunia.

Secara mitosnya, bawang lebih dikenali dengan kegunaannya untuk menghalau ‘vampire’ dek kerana baunya yang sungguh kuat. Walau bagaimanapun, kini bawang putih telah digunakan secara meluas dalam pelbagai masakan daripada Itali, Amerika, Cina sehinggalah ke dalam masakan Melayu sendiri.

#1 Menghalang Penyakit Kanser

Bawang putih boleh diambil dalam bentuk mentah atau yang sudah dimasak. Kebanyakan sebatian dalam bawang putih mengandungi kumpulan berfungsi organosulfur, iaitu kumpulan kimia yang boleh bertindak sebagai antikarsinogenik atau antikanser.

Kandungan sebatian flavanol yang tinggi dalam bawang putih seperti kaempferol dilaporkan membantu proses nyah toksik bahan karsinogen dalam tubuh.

Para pengkaji, seperti Fleischauer & Arab pada tahun 2001 ada mengulas mengenai kejayaan penyelidikan penggunaan bawang putih untuk merawat atau mengurangkan pertumbuhan kanser seperti kanser prostat, payu dara, mulut, perut, kolorektal dan paru-paru.

#2 Pencegah Demam

Anda boleh mengelakkan daripada demam dengan memakan bawang putih kerana bawang putih sangat kaya dengan anti-oksidan. Jangan lupa untuk menambah lebih banyak bawang putih dalam makanan seharian anda selepas ini.

Namun, kajian penggunaan bawang putih untuk merawat demam masih belum diluaskan kerana antara kajian awal yang meneroka hal ini mendapati kesan yang tidak signifikan untuk terus merumuskan bahawa bawang putih boleh merawat demam.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bawang putih boleh dijadikan sebagai petua pemakanan untuk mencegah tubuh badan kita daripada mendapat demam, bukannya sebagai penawar demam.

#3 Menstabilkan Gula Dalam Darah

Orang yang menghidap penyakit kencing manis atau diabetes boleh mula mengamalkan pemakanan bawang putih kerana bawang putih boleh membantu menstabilkan kadar gula dalam darah mereka. Bawang putih akan membantu dalam meningkatkan pengeluaran insulin dan meningkatkan kepekaan insulin.

Khasiat bawang putih dalam menstabilkan gula dalam pesakit diabetis boleh dikaitkan dengan kehadiran sebatian sulfur seperti alliin, allicin, diallyl disulfide, diallyl trisulfide, diallyl sulfide, S-allyl cysteine, ajoene dan allyl mercaptan. Ekstrak bawang putih dilaporkan mampu mengurangkan rintangan insulin seterusnya meningkatkan pertukaran gula dalam darah.

#4 Mengatasi Masalah Jerawat

Jangan bimbang lagi kerana bawang putih ialah penyelesaian kepada masalah jerawat dan jeragat! Bawang putih turut bertindak sebagai agen anti acne.

Tetapi diingatkan, jangan terus meletakkan bawang putih ke muka kerana ia akan menyebabkan kulit anda pedih. Rendam dahulu bawang putih sebelum mengoles ke muka anda.

Jika anda ingin hasil yang lebih baik, letakkan sebelum tidur dan basuh muka anda pada keesokan paginya.

#5 Melebatkan Pertumbuhan Rambut

Ini merupakan satu daripada kegunaan bawang putih secara luaran. Memandangkan bawang putih mengandungi sulfur yang menjadi agen pelebat rambut, hanya letak bawang putih di sekitar kulit kepala anda dan urut dengan perlahan lahan.

Lebih murah dan mudah berbanding anda ke salon kecantikan bukan? Mengapa perlu membazir jika terdapat pilihan yang lebih murah.

#6 Menghalang Parasit dan Mikroorganisma Jahat

Saintis mendapati mereka yang mengambil bawang putih dalam diet seharian mereka kurang diganggu serangan parasit berbanding mereka yang tidak mengambil bawang putih. Ini kerana bawang putih mempunyai sifat antibiotik untuk menghalang bertindak melawan aktiviti mikroogranisma tersebut.

Salah satu komponen aktif dalam bawang putih iaitu thiosulfinat yang didapati mampu merencatkan pertumbuhan bakteria H. pylori dengan kandungan minimum 40 μg/mL.

Bakteria ini, jika memasuki sistem tubuh manusia akan menyerang sistem pencernaan manusia khususnya di kawasan perut dan menyebabkan masalah pencernaan seperti cirit-birit, keradangan dan mungkin boleh mengakibatkan kanser.

#7 Merawat Penyakit Kardiovaskular dan Tekanan Darah Tinggi

Bagi penghidap penyakit darah tinggi dan kardiovaskular, bawang putih mungkin boleh dijadikan sebagai rutin pemakanan harian mereka. Dalam satu kajian yang telah dijalankan di UK, bawang putih juga dikenal pasti mampu mengurangkan risiko serangan penyakit strok.

Kajian eksperimental dan klinikal yang telah dilakukan berjaya menunjukkan keberkesanan bawang putih dalam menurunkan tekanan darah, mencegah atheroskelorosi (saluran darah tersumbat), pengurangan tahap kolestrol dan trigliserid (lemak), merencat pengumpulan platelet serta meningkatkan aktiviti fibrinolitik (pembekuan darah akibat luka).

Selain itu, bawang putih yang lebih tua atau matang adalah lebih berkesan dalam menunjukkan ciri-ciri pencegahan penyakit ini berbanding bawang putih muda kerana kandungan sebatian aktif S-allylcysteine yang lebih tinggi.

#8 Rawatan Psoriasis

Psoriasis adalah penyakit yang mana kulit menjadi merah, gatal gatal dan bersisik. Dengan mengoles bawang putih ke kulit yang dijangkiti psoriasis, secara tidak langsung ia akan mengurangkan simptom simptomnya. Dikatakan sebagai petua, sekiranya amalan ini dilakukan secara kerap, ia akan mampu menghalang psoriasis daripada berlaku lagi.

#9 Mengubati Bengkak

Seperti yang disebutkan di atas tadi, anti biotik yang ada di dalam bawang putih itu boleh membunuh bakteria dan melegakan bengkak tersebut, seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan. Dengan hanya meletakkan sedikit bawang putih di kawasan bengkak, boleh melegakan bengkakan tersebut.

Sebatian allicin dalam bawang putih dilaporkan bertanggungjawab dalam memberi kelegaan terhadap serangan bakteria. Di samping itu, kajian Bayan et al. (2014) ada menambah bahawa penggunaan ekstrak bawang putih bersama halia mampu membasmi pertumbuhan bakteria dan meredakan bengkak dengan lebih berkesan.

#10 Membuang Selumbar

Kita selalu mempunyai masalah selumbar dan semestinya, bukan mudah untuk mengeluarkannya.

Petua orang zaman dahulu ada mengajar bahawa dengan hanya letakkan sepotong bawang putih di kawasan yang terkena selumbar dan balutkan dengan plaster, biarkan selama beberapa jam, akhirnya selumbar akan keluar dengan sendiri.

Tambahan pula, sifat antimikrob dalam kandungan bawang putih boleh menghalang daripada luka untuk terus merebak.

#11 Mengubati Masalah Gigi
Kehadiran allicin dalam bawang putih bertindak sebagai penyembuh dan penahan sakit semula jadi. Sedikit bawang putih boleh menyelesaikan masalah gigi anda!

Tetapi, jangan lupa untuk periksa dengan pakar pergigian anda.

#12 Melawan Alahan

Seperti yang disebutkan tadi, allicin yang terkandung dalam bawang putih akan mempercepatkan proses penyembuhan. Ia juga membantu dalam melawan beberapa alergik atau alahan terutama yang berkaitan dengan masalah udara.

#13 Melawan Osteoporosis

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Mukherjee dan rakan-rakan pada tahun 2004, mereka mendapati bahawa bawang putih meningkatkan ketumpatan tulang.

Jadi, untuk melawan osteoporosis, adalah digalakkan untuk makan bawang putih di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat.

#14 Menghalang Kenaikan Berat Badan

Sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini, bawang putih boleh mengurangkan rintangan insulin dalam badan dan tekanan darah.

Oleh itu, hal ini boleh menghentikan kenaikan berat badan dengan mengubah sel lemak yang telah dikeluarkan oleh badan dan menyumbang kepada aktiviti metabolisma yang lebih baik.

Berapa Banyak Baru Cukup?
Sesetengah kebaikan bawang putih akan diperolehi apabila anda memakannya, tetapi ada juga yang perlu digunakan secara luaran. Jika digunakan secara luaran seperti untuk menyapu ke luka kecil, gunakanlah dalam kuantiti yang sedikit, bergantung kepada saiz luka tersebut.

Jurnal American Family Physician ada mencadangkan pengambilan bawang putih harian bagi golongan dewasa adalah sebanyak 4-6 gram (2 atau 4 ulas bawang putih setiap hari).

Jagalah kesihatan diri anda dengan salah satu caranya ialah memasukkan bawang putih dalam diet pemakanan harian anda!

Jadi tips cara makan paling mudah untuk pembaca semua ialah ambik bawang putih berkulit, masukkan daam mikrowave. Panaskan selama 30 saat, ingat 30 saat sahaja. Sekiranya lebih bawang akan kecut dan jika kurang pun terlalu “pedas” untuk dimakan. Ambil daam 3 ulas amakan makan setiap hari. Lebih elok makan bersama makanan lain kita.

Khasiat bawang putih yang terbukti berkesan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jumpa wanita 2 pagi bincang perkara sulit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker