Budak maut diseret lembu

Budak maut diseret lembu

JELI: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut akibat diseret lembu sejauh kira-kira 50 meter selepas kakinya dikatakan terbelit pada tali haiwan ternakan itu di padang ragut di Kampung Rahmat, di sini, petang semalam.

Sebelum kejadian kira-kira 6.40 petang, bapa mangsa berusia 29 tahun bersama kanak-kanak itu dikatakan pergi ke lokasi kejadian untuk membawa lembu peliharaan mereka pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin dalam satu kenyataan berkata, ketika bapanya melepaskan ikatan lembu tersebut, talinya secara tiba-tiba terbelit pada kaki mangsa.

“Dia cuba membuka belitan tali di kaki mangsa namun lembu tersebut terkejut sebelum melarikan diri

“Insiden itu menyebabkan lembu berkenaan telah mengheret mangsa sejauh kira-kira 50 meter,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, bapa mangsa melepaskan belitan tali di kaki anaknya lalu  membawa mangsa ke Hospital Jeli untuk mendapatkan rawatan namun dia disahkan meninggal dunia akibat cedera di kepala dan badan.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat pendarahan dalaman dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Budak maut diseret lembu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tolonglah YB, rakyat amat terdesak – Asyraf

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker