[VIDEO]”Part Time” Bantu Jual Nasi Lemak Peniaga Jalanan, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Dipuji Rakyat dan Netizen

Keberangkatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Al-Sultan Abdullah mencemar duli membantu seorang peniaga nasi lemak di sebuah gerai di Kota SAS, Kuantan, Pahang mendapat pujian netizen.

Menerusi muat naik di Instagram rasmi Tengku Hassanal, baginda telah meninggalkan kapsyen ‘part time’ di sebuah video yang memaparkan baginda sedang melayan pelanggan dan membungkus nasi lemak.

VIDEO DIBAWAH:-

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata rakyat memuji sikap rendah diri baginda serta melahirkan rasa teruja melihat anakanda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah belajar membungkus nasi lemak.

Seorang netizen  memuji tindakan baginda dan menyifatkan baginda seorang yang telus dan berjiwa rakyat.

“Sayang Tengku Hassanal. Seorang yang benar-benar telus berjiwa rakyat. Merasai sendiri apa yang dilalui oleh rakyatnya. Semoga Tengku dan keluarga diberikan kesihatan yang baik-baik dan dirahmati Allah SWT,” katanya.

Sementara itu, seorang netizen yang dikenali sebagai Aydinur berkata, negeri Pahang sangat bertuah kerana dinaungi pewaris takhta yang rendah diri.

“Pahang sangat bertuah dinaungi pewaris takhta yang rendah diri dan berjiwa rakyat seperti baginda,” ujarnya.

Untungnya! Gadis Ini Terima Kejutan Dari Tengku Hassanal Shah Di Depan Istana Negara [ VIDEO]

“Tuanku So Humble Minum Air Tepi Jalan…” – Kongsi Gambar Minum Air Kelapa, Tengku Mahkota Pahang Jadi Perhatian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker