Sarawak teliti dakwaan hasil bumi RM378 bilion di perairan Bintulu

Sarawak bersedia mengkaji untuk meneroka kawasan dikenali sebagai ‘James Shoal’ di perairan Bintulu dipercayai memiliki hasil bumi dianggarkan bernilai AS$93 bilion (RM378 bilion).

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata beliau mengetahui potensi hasil bumi di kawasan perairan itu menerusi catatan saintis luar dimuatkan di dalam sebuah buku.

Justeru, katanya, pengkaji tempatan termasuk saintis dan pakar bidang berkaitan perlu meneliti dakwaan itu bagi membolehkan langkah seterusnya diambil terhadap sumber alam itu sekiranya benar.

“Saya belum menerima maklumat lanjut apakah nilai disebut itu termasuk hasil bumi sudah diteroka di kawasan itu.



“Sebab itu kita mahu pakar tempatan meneliti dakwaan bahawa James Shoal ialah kawasan yang ada potensi hasil bumi bernilai tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pecah Tanah Tapak Pembinaan Wisma Melayu Sarawak di Jalan Diplomatik di sini, hari ini.

Wisma Melayu Sarawak dibina Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan kos kira-kira RM50 juta berkonsepkan tengkolok itu, akan menempatkan dewan yang mampu menempatkan 2,000 orang pada satu-satu masa, galeri seni budaya Melayu Sarawak, ruang pameran dan surau dengan kapasiti 100 jemaah.

Terdahulu, Abang Johari dalam ucapannya berkata, beliau tertarik dengan tulisan saintis asing itu yang mendedahkan potensi hasil bumi di James Shoal.



“Selepas terbaca tulisan itu, saya berusaha mencari di mana lokasi James Shoal dimaksudkan, rupa-rupanya ia berada di perairan Bintulu,” katanya.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, jika dakwaan itu benar, ia menuntut kerajaan Sarawak supaya bijak mengurus dan mentadbir sumber khususnya hasil bumi di negeri ini. BH

China kekalkan keberadaannya di Luconia Shoals, menurut data



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker