Anwar sifatkan Guan Eng, Mat Sabu sahabat sejati

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan penghargaannya kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang disifatkan sebagai rakan baiknya.

Dalam catatan di laman Facebook beliau, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mengakui beliau sudah menganggap Guan Eng dan Mohamad sebagai sahabat sejati.

“Meski ribut datang melanda, meski apa jua rintangan, namun persahabatan akan tetap utuh. Kesetiaan dan kejujuran adalah sesuatu yang tidak ternilai apa pun,” kata Anwar.

Malah, Ketua Pembangkang di Parlimen itu turut berharap muafakat dalam gabungan besar di bawah PH akan terus kukuh dan teguh demi rakyat.



“Insya-ALLAH, semoga muafakat ini terus kukuh dan teguh demi rakyat,” katanya.

Nota : Anwar cuba ambil hati Dap dengan Amanah agaknya. Ini kerana dia tahu demi kuasa Amanah dan Dap akan bekerjasama dengan siapa pun.
Mahathir yang paling dibenci pun diangkat menjadi ketua mereka satu ketika dahulu.

Mat Sabu ‘Geram dan Kecewa’ dengan Anwar, namun masih pertahan kerjasama



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker