Resepi Almond Nutella Cookies Rangup

Resepi Almond Nutella Cookies Rangup

Raya Aidil Adha akan tiba tak lama lagi. Semua tengah pening kuih apa nak buat untuk raya kali ini.

Nutella memang jagi kesukaan ramai, budak-budak lagilah pantang tengok Nutella. Kadang-kadang ada yang makan macam tu saja. Marah mak tengok bila beli tak sampai 2-3 hari habis sebotol.

So kali ini kita nak kongsikan resepi biskut yang sedap ini. Jom cuba…

Bahan A:

125g butter (1/2 cup)
70g gula perang (1/4 cup + 2 tbsp)
1 bj kuning telur
1 tsp esen vanila
1 tbsp myk jagung
4 tbsp nutella

Bahan B: (ayak)

125g tpg gandum (1 cup)
25g tpg jagung (2tbsp + 1tsp)
1 tbsp serbuk koko
1/4 tsp baking soda (BS)
1/4 tsp baking powder (BP)
1/4 tsp emplex

Bahan C:

1/4 cup almond nibs
1/4 cup choc chips
1/2 cup nestum

Cara Membuat:

1. Ayak bahan B gaul bersama bahan C, ketepikan.

2. Guna senduk kayu pukul butter bersama gula perang sekadar sebati. Masukkan kuning telur, vanila, minyak jagung, nutella dan kacau lagi hingga sebati.

3. Masukkan campuran bahan B dan C, kaup balik hingga tidak melekat di mangkuk pengadun. Sejukkan selama 30 minit di dalam chiller.

4. Panaskan oven 150c, bentukkan adunan sebesar 1 sudu menjadi drop cookies. Bakar dengan api bawah sahaja selama 20 minit atau ikut oven memasing.

Nota: Kalau adunan sehingga 250g butter seeloknya guna senduk kayu sahaja. Kalo guna mixer adunan jadi kembang. Biskut tak perlu dipukul hingga kembang macam adunan kek nanti masa bakar biskut jadi kembang. Kalo buat adunan banyak buleh guna mixer, hepi baking.

Resepi Oleh Keroroyz Royz

Resepi Almond Nutella Cookies Rangup


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi coklat almond crunchy, tak guna oven

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker