PRU-15: Adakah PH akan berkuasa semula?

PRU-15: Adakah PH akan berkuasa semula? Pertembungan tiga penjuru antara parti-parti konservatif dalam Perikatan Nasional (PN) dengan pembangkang akan memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) berkuasa semula pada pilihan raya akan datang.

Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad memberitahu, ‘bilik perang’ parti itu telah membuat unjuran tersebut dengan mengambil kira keadaan seandainya UMNO memilih untuk meninggalkan PN.

Jika itu berlaku, menurut beliau, ia akan mendorong pertembungan antara UMNO dengan Pas, Bersatu atau PH, yang mana keputusannya sudah jelas iaitu ‘PH akan berkuasa kembali’.



“Kita harap (pertembungan kerusi) dengan UMNO tidak akan berlaku, namun, kalau berlaku juga, memang kita tahu keputusannya. PH akan berkuasa kembali. Itu sahaja keputusannya.

“Sebab itu, kita minta supaya kita ini duduk sekali. Bersatu, Pas kemudian UMNO agar semua dapat duduk sekali. Bertembung saja kita, kena ingat tentang DAP pula,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.

DAP, kata Idris, telah mempunyai kerusi sedia ada yang memang tidak pernah lari. Malah boleh meningkat lagi.
Jelasnya, dengan isu seperti di Raub sekarang (isu pencerobohan tanah haram), ia sudah tentu bakal meningkatkan populariti DAP.

“Mereka tahu, kalau hal Melayu ini mereka harapkan agar PKR cari jalan menguruskan persepsi orang Melayu, biar Amanah cari, itu harapan mereka (DAP),” katanya.



Justeru, tegasnya, UMNO, Bersatu dan Pas perlu membentuk penyatuan yang kukuh bagi menghadapi pilihan raya akan datang kerana perpecahan blok itu akan mempengaruhi kerusi-kerusi parlimen dalam kategori dua (tier two), iaitu kategori boleh menang di bawah 80 peratus.

Kata Idris lagi, perpecahan tiga parti ini akan mengakibatkan kerusi parlimen dalam kategori dua berada dalam keadaan tidak selamat, sekali gus memberi peluang kemenangan kepada PH.

“Pada kita walaupun orang kata tidak ramai mana, Bersatu pun tidak ramai mana (kerusi parlimen), tetapi itu adalah undi. Kita tengok dalam suasana setiap parlimen yang kita letakkan di kategori satu (tier one), katakanlah 80 peratus ke atas, kerusi itu tak banyak sebenarnya. Kalau bertembung tiga penjuru pun tiada masalah.

“Tapi kalau kita tengok parlimen lain dalam kategori dua, yang bawah 80 peratus, sudah tidak survive untuk parti-parti politik seperti UMNO, Pas atau Bersatu kalau berlaku tiga penjuru. Maka sebab itu kita perlu untuk membentuk penyatuan,” jelasnya



PRU-15: Adakah PH akan berkuasa semula?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kenyataan media disiapkan lebih awal daripada mesyuarat MKT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker