Google Diminta Bayar Denda Sebanyak RM2.4 Bilion

Langgar Hak Cipta, Google Diminta Bayar Denda Sebanyak RM2.4 Bilion

Syarikat induk Google, Alpahet Inc perlu membayar denda yang tinggi setelah badan pengawal anti-monopoli Perancis mendapati syarikat terbabit gagal mematuhi peraturan untuk melakukan perjanjian yang adil dengan penerbit mengenai hak cipta kandungan berita di platform mereka.

Dilaporkan oleh Reuters, denda sebanyak 500 juta euro (sekitar RM2.4 bilion) dikenakan ke atas Google di tengah-tengah tekanan antarabangsa yang kian meningkat ke atas platform dalam talian, di mana kebanyakan negara mendesak Google dan Facebook untuk berkongsi keuntungan dengan platform berita yang lain.

Hasil daripada keputusan ini, Google diperintah untuk mengadakan rundingan dalam masa dua bulan bersama-sama dengan syarikat berita mengenai pembahagian hasil dengan media lain dan penerbit untuk kandungan mereka muncul di platform Google.

Perbincangan di antara Google dan pemilik syarikat berita difahamkan sudah lama berlangsung. Syarikat media di Eropah juga telah meningkatkan pengawasan mereka terhadap syarikat teknologi terbesar di dunia, baik melalui perniagaan periklanan, aplikasi dan carian. Selain itu, mereka juga telah mendesak dari dahulu lagi agar peraturan baru ditetapkan untuk menghalang Google daripada terus menguasai perniagaan iklan.

Penerbit berita seperti APIG, SEPM dan AFP menuduh syarikat teknologi itu gagal mengadakan perbincangan dengan niat baik dengan media Perancis untuk mencari jalan sama rata untuk keuntungan yang diperoleh melalui kandungan berita dalam talian, di bawah arahan Kesatuan Eropah baru-baru ini yang mewujudkan apa yang disebut “hak jiran”.

Kes itu sendiri tertumpu pada apakah Google melanggar perintah sementara yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa anti-monopoli, yang menuntut agar perbincangan seperti itu dilakukan dalam masa tiga bulan dengan mana-mana penerbit berita. Vc

Google Diminta Bayar Denda Sebanyak RM2.4 Bilion


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rahsia sulit AS mungkin terbongkar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker