Kerjasama BN, GRS pastikan kemenangan PRU15 – Ismail

#PRU15

Kerjasama BN, GRS pastikan kemenangan PRU15 – Ismail

KERJASAMA dibentuk antara Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertujuan memastikan kemenangan bersama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Naib Presiden UMNO itu berkata apa yang penting pada PRU15 bukan bilangan kerusi Parlimen yang ditandingi, sebaliknya jumlah kerusi Parlimen dimenangi yang hanya mampu diperolehi menerusi solidariti kukuh antara dua rakan berkerjasama dalam kerajaan Sabah.

Beliau berkata BN boleh bertanding di semua 25 kerusi Parlimen di Sabah dan bertembung sama sendiri dengan rakan kerjasamanya GRS, bagaimanapun apa yang terjadi akhirnya bak kata peribahasa ‘yang dikendong tak dapat, yang dikejar keciciran’.

“Untuk menang PRU15 ini kita perlu solidariti dalam UMNO, dalam komponen BN, dan di Sabah bersama rakan kerajaan negeri (GRS). Kita masuk bertanding satu sahaja, nak menang setiap kerusi dipertandingkan, ini nawaitu (niat) kita bertanding,” katanya seperti dilaporkan Bernama dalam program Gelombang Biru Barisan Nasional (BN) Zon 3 di Kimanis, Sabah, hari ini.

Program itu dirasmikan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut hadir Naib Presiden BN Datuk Arthur Kurup juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS); Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Majlis Tertinggi GRS Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

BN dianggotai Umno, MCA, MIC dan PBRS menjalin kerjasama dengan GRS dianggotai Bersatu Sabah, Parti Bersatu Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku, Parti Progresif Sabah dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu bagi mentadbir kerajaan Sabah.

Ismail Sabri berkata selain solidariti bersama parti lain, solidariti dalam BN sendiri adalah penting bagi memastikan parti itu terus utuh seperti mana perpaduan kukuh yang ditunjukkan antara dirinya dan Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno.

“Ada percubaan untuk pecah belah (kerjasama) saya dan Presiden (Ahmad Zahid), turun ke bawah saya dan Presiden terangkan hubungan kami sangat kuat dan tidak boleh dipecah belah.

“Kononnya ada kluster Putrajaya diketuai saya dan kluster WTC diketuai Presiden, tiada kluster Putrajaya atau WTC, yang ada hanya kluster Umno diketuai Presiden,“ katanya.

Beliau berkata perpaduan yang ditunjukkan kepimpinan tertinggi parti itu perlu diteladani setiap anggota parti terutama peringkat akar umbi dan diterjemah dengan perpaduan untuk memastikan kemenangan sesiapa sahaja calon yang mewakili parti itu pada PRU15. E9

Kerjasama BN, GRS pastikan kemenangan PRU15 – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker