Tajuddin dipecat dari jawatan Pengerusi Prasarana

Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) ditamatkan serta-merta.

Perkara itu disahkan jurucakap media Kementerian Kewangan susulan tersebarnya sepucuk surat penamatan kontrak Ahli Parlimen Pasir Salak itu, sebentar tadi.

Dalam surat bertarikh 26 Mei 2021 yang ditandatangani Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, tiada dinyatakan alasan penamatan kontrak Tajuddin.

“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan (Diperbadankan) telah bersetuju agar perkhidmatan YB. Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana ditamatkan berkuatkuasa serta-merta,” kata surat itu.

Bagaimanapun umum mengetahui, Tajuddin dikritik hebat selepas dilihat tidak serius dan berjenaka semasa mengendalikan sidang media berhubung kemalangan tren LRT Kelana Jaya di Stesen KLCC, semalam.

Beliau turut disiasat polis ekoran tidak memakai pelitup muka ketika melakukan tinjauan di lokasi kejadian dan semasa sidang media

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kewangan selepas satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada Tajuddin tular di laman sosial, hari ini.

Tajuddin dipecat dari jawatan Pengerusi Prasarana


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker