Turun lawat, tengok sendiri sekolah pedalaman jalani PdPR, kata Puad


Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi mendesak Menteri Pendidikan Radzi Jidin untuk melawat sekolah pedalaman dan melihat sendiri sejauh mana pembelajaran dalam talian berkesan.

Puad berkata sekolah-sekolah itu berdepan pelbagai cabaran seperti masalah sambungan internet, liputan telefon, bekalan elektrik, air bersih dan pengangkutan.

Jelas beliau keadaan fizikal sekolah luar bandar, termasuk asrama, perumahan guru, perpustakaan dan makmal komputer, adalah sangat teruk.

“Apakah PdPR mengambil kira semua masalah tersebut?” soal beliau dalam kenyataan.



“Kalau guru dan pakar turut mengkritik PdPR, sudah tentu sukar dilaksana di pedalaman kerana kekangan logistik.

“Sebab itu amat wajar kalau Menteri KPM turun melawat sekolah pedalaman. Tengok sendiri.”

Selepas sebahagian tahun lalu dihabiskan untuk belajar dalam talian, pelajar di seluruh negara kembali belajar secara dalam talian selepas cuti Hari Raya, yang berlangsung dari 11 hingga 15 Mei untuk sekolah dalam Kumpulan A dan 11 hingga 16 Mei untuk sekolah dalam Kumpulan B.

Kumpulan A terdiri daripada sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri-negeri lain dan Wilayah Persekutuan. FMT



Hentilah sementara beri beras, fokus kerja hakiki anda,’ Ahli MKT Umno tegur Menteri Pendidikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker