Perdana Menteri kata sistem isytihar harta SPRM sebelum ini adalah ‘lawak’

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang memperhalusi sistem pengisytiharan harta untuk pegawai tertinggi kerajaan.

Bercakap kepada pemberita di Putrajaya hari ini, Anwar menyifatkan sistem iystiha harta sebelum ini sebagai “lawak” dan tidak menggambarkan kekayaan sebenar mereka yang berbuat demikian.

“Anda puas hati, rakyat puas hati, masyarakat awam puas hati tetapi ia sebenarnya tidak menggambarkan kekayaan sebenar.

“Biarlah kita melalui proses itu semula supaya apa sahaja yang mereka buat lebih bertanggungjawab dan telus bukannya gimik politik,” kata Anwar.

Anwar berkata demikian ketika ditanya sama ada dia telah menerima pengisytiharan harta daripada anggota kabinet dan jika ya, apakah ia akan didedahkan kepada umum.

Pakatan Harapan sebelum ini berjanji semua ahli parlimen, penjawat awam kanan, pengerusi GLC, serta semua pasangan dan ahli keluarga terdekat mereka yang berumur 18 tahun ke atas, perlu mengisytiharkan harta mereka.

Gabungan itu bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada pengisytiharan harta perlu didedahkan kepada umum atau tidak.

Sesetengah calon PKR mengisytiharkan harta mereka sebelum pilihan raya pada 19 Nov.

Anwar, yang merupakan presiden PKR, adalah antara calon PKR yang mengisytiharkan harta mereka.

Anwar berkata dia sedang berbincang dengan pelbagai agensi termasuk SPRM untuk menjadikan pengisytiharan aset lebih telus.

“Pengisytiharan harta satu sandiwara dahulu kerana orang boleh ada ratusan juta tetapi isytihar RM11 atau RM12 juta.

“Kita mesti pastikan parameternya jelas. Saya sedang berbincang dengan pelbagai agensi, termasuk SPRM untuk menjadikannya (proses) telus,” kata Anwar.

Pada 2018, pentadbiran Dr Mahathir Mohamad mewajibkan semua ahli parlimen kerajaan mengisytiharkan harta mereka dan ia diterbitkan di laman web SPRM.

Dua perdana menteri seterusnya bagaimanapun tidak meletakkan syarat sedemikian.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak Ira Kazar sindir Puteri Sarah

Puteri Sarah fail perceraian pagi ini

Dron pelancong China langgar Menara Merdeka 118

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker