5 Golongan yang didoakan para malaikat.

Sebaran :


5 Golongan yang didoakan para malaikat. Alangkah bertuahnya jika kita pun termasuk sekali

Kita semua tahu malaikat ialah makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang sangat mulia dijadikan daripada cahaya dan terpelihara daripada melakukan sebarang dosa. Ianya tidak berjantina, tidak makan dan minum, tidak mempunyai hawa nafsu, tidak tidur dan tidak dilahirkan.

Para malaikat juga memiliki pelbagai keistimewaan yang dikurniakan Allah S.W.T. seperti mempunyai sayap dan kekuatan serta kepantasan yang luar biasa. Malaikat juga mampu menjelma dalam pelbagai rupa seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jika hendak menggambarkan dan menghuraikan asal kejadian malaikat, sungguh ia tidak tercapai dek akal manusia.

Sesungguhnya malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah yang sangat istimewa dan sebagai manusia, kita hendaklah beriman kepada malaikat seperti yang telah dinyatakan oleh Allah dalam rukun iman.

Firman Allah S.W.T. surah al-Anbiya: 26-28

“Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafaat melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya”

Beruntungnya jika didoakan oleh malaikat
Justeru, sebagai manusia yang lemah, kita hendaklah sentiasa memenuhi rohani dengan amal ibadat dan setiasa berdoa kepada Allah dalam menghadapi ujian-Nya.

Pun begitu, bagi mengukuhkan lagi hubungan antara seorang hamba dengan pencipta-Nya, bantuan dan sokongan para malaikat juga amat penting. Bagaimana malaikat membantu seseorang hamba agar lebih dekat dengan Maha Pencipta? Jawapannya mudah, iaitu dengan doa para malaikat.

Antara golongan yang mendapat doa malaikat ialah:

Orang yang tidur dalam keadaan bersuci

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Barang siapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci” HR Shaikh al Albani

Orang yang menunggu solat

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia” HR Muslim

Orang yang berada di saf hadapan ketika solat

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda,

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan” HR Shaikh al Albani

Ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda,

“Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaallinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barang siapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu” HR Bukhari

Orang yang duduk di tempat solatnya setelah selesai melakukan solat

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda,

“Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wuduknya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia” HR Ahmad. Utv


Sebaran :

Leave a Reply