Warga emas hilang ditemui maut dalam parit

TAIPING – Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Changkat Baru, Kuala Sepetang sejak Selasa ditemukan maut pada Rabu.

Mangsa, Salaliah Abdul Majid, 85, ditemui pasukan penyelamat di dalam parit kira-kira 160 meter dari rumahnya sekitar jam 3.46 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, operasi mencari dan menyelamat digerakkan pada jam 11 pagi selepas menerima laporan kehilangan mangsa daripada pihak polis.

“Berdasarkan laporan awal, kali terakhir mangsa dilihat di hadapan rumahnya sebelum disedari hilang.

Tajuddin dipecat dari jawatan Pengerusi Prasarana

“Pasukan bomba melakukan pencarian di sungai berhampiran serta kebun sawit Lebih empat jam pencarian dilakukan sebelum ditemui dalam parit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Menurutnya, pegawai kesihatan mengesahkan mangsa maut ketika dijumpai dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Pencarian membabitkan 12 anggota bomba, enam anggota polis dan 30 penduduk kampung.

“Operasi tamat pada jam 4.45 petang,” katanya.

[VIDEO] Nak pecat, pecatlah, Saya boleh buat kerja lain! – Tajuddin

Warga emas hilang ditemui maut dalam parit


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker