Punyalah ‘berperang’, tukar Tamil terus dapat, lelaki dedah tip berjaya daftar AstraZeneca



Sebaran :

Pasti ramai yang kecewa selepas gagal mendapatkan slot janji temu suntikan vaksin AstraZeneca selepas ia dibuka kira-kira sejam, hari ini.

Dilaporkan, lebih 300,000 permohonan direkodkan dalam tempoh kurang 45 minit selepas sistem itu dibuka pada 12.15 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook mendedahkan, cubaannya mendaftar slot janji temu dengan menukar tetapan bahasa kepada bahasa Tamil akhirnya membuahkan hasil dan berjaya membuat pendaftaran untuk dirinya dan isteri.



Rushdan Rashid, menukar tetapan kepada bahasa Tamil selepas dia dan isteri bosan dan hampir putus asa dalam percubaan untuk mendaftar slot itu.

“Punyalah battle (berperang) rebut slot tadi, wife fedap (putus asa) lama tunggu.

“Tukar bahasa Tamil terus dapat slot, pukul 1 dia dapat. Berapa tahun rahsia pandai bahasa Tamil ni. Hahaha Alhamdulillah dua-dua dapat. Tak tahu dah tarikh, tempat kat mana. Masing-masing main tekan je,” katanya di Facebook.



Usahanya itu turut mendapat pujian dan ucapan tahniah beberapa rakannya pada ruangan komen kerana tindakan itu berhasil.

“Janji ada no 48 tu, confirm la dapat, dalam masa 48 jam. Terima kasih sebab berusaha juga tadi sama-sama,” kata isterinya, Nor Asyikin.

Rushdan dalam jawapan kepada rakan Facebooknya, Azrin Anwar Yahaya turut memberitahu, isterinya mendapat tip itu iaitu menukar tetapan bahasa melalui laman Twitter.



Dalam pada itu, seorang lagi rakannya, Anthony Liew turut mengakui mendapat slot tempahan dengan melakukan perkara sama.

“Sama. Saya tak tahu lokasi dan tempat untuk saya dan isteri,” katanya.-FMT

Ramai Luah Kekecewaan..Tempahan Vaksin AstraZeneca Ditutup Selepas Sejam DiBuka,


Sebaran :


Leave a Reply